Hari Krismas atau juga dikenali sebagai
Hari Natal (
Bahasa Inggeris: Christmas), adalah perayaan terbesar untuk penganut agama
Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh
25 Disember bagi memperingati kelahiran (dimana faktanya, tarikh tersebut bukanlah tarikh kelahiranNya))
Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut
Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh
Maria (Virgin Mary) di
Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama
Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur
Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa
Adam (original sin).Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (
Gereja Ortodoks,
Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (
Mesir (Egypt),
Habsyah (Etiophia),
Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti
kalender yang berlainan (
kalender Julius berbanding
kalender Gregory).Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian
hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk
pokok Krismas,
lampu hiasan, daun
mistletoe,
holi atau lakonan semula
kelahiran Jesus (Anunciation).
Santa Claus adalah merupakan tokoh
mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan
St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur
Mitologi Nordic dengan
mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut
Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan
kebudayaan yang berunsur
sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.