Kromatografi gas (
GC,
Inggeris: gas chromatography) ialah jenis
kromatografi biasa yang digunakan dalam
kimia analitik untuk
mengasing dan menganalisis sebatian-sebatian kimia yang boleh
diwapkan tanpa
mereput. Antara kegunaan biasa kromatografi gas adalah untuk menguji ketulenan bahan tertentu, atau untuk mengasingkan komponen-komponen berbeza dalam satu camputan (jumlah relatif komponen-komponen tertentu juga boleh ditentukan). Dalam sesetengah keadaan, kromatografi gas juga boleh membantu mengenalpasti suatu sebatian. Dalam
kromatografi sediaan, kromatografi gas boleh digunakan untuk menyediakan sebatian tulen daripada satu campuran.
[1][2]Dalam kromatografi gas, fasa bergerak ialah
gas pengangkut yang biasanya merupakan
gas adi seperti
helium atau gas yang
tidak reaktif seperti
nitrogen. Fasa pegun ialah lapisan
cecair atau
polimer mikroskopik di atas sokongan
pepejal lengai di dalam tiub
kaca atau
logam yang dinamakan turus (penghormatan kepada
turus pemeringkatan yang digunakan dalam proses penyulingan). Alat yang digunakan untuk menjalankan kromatografi gas dinamakan kromatograf gas (atau "aerograf" atau "pengasing gas").Sebatian-sebatian dalam bentuk gas yang dianalisa bertindak balas dengan dinding turus yang diliputi fasa pegun. Kesannya, setiap sebatian
terelusi pada masa-masa yang berbeza, yang dikenali sebagai masa penahanan sebatian tersebut. Perbandingan masa-masa penahanan ini yang memberikan kromatografi gas kegunaan analitiknya.Kromatografi gas secara prinsip serupa dengan
kromatografi turus (dan juga bentuk-bentuk lain kromatografi seperti
HPLC dan
TLC), namun dengan beberapa perbezaan ketara. Pertama, proses pengasingan sebatian-sebatian dalam campuran dilakukan di antara fasa pegun cecair dan fasa bergerak gas, manakala dalam kromatografi turus, fasa pegunnya adalah pepejal dan fasa bergerak pula adalah cecair (oleh sebab ini, nama penuh prosedur ini ialah "kromatografi gas-cecair" yang masing-masing merujuk kepada fasa pegun dan bergerak). Kedua, turus yang dilalui fasa gas terletak di dalam ketuhar yang boleh mengawal suhu gas itu, sementara kromatografi turus (biasanya) tidak mempunyai kawalan suhu sebegitu. Ketiga, kepekatan sebatian dalam fasa gas hanyalah
fungsi kepada
tekanan wap gas tersebut.
[1]Kromatografi gas juga serupa dengan
penyulingan berperingkat kerana kedua-dua proses mengasingkan komponen-komponen sebatian mengikut
takat didih (atau tekanan wap). Namun, penyulingan berperingkat biasanya digunakan untuk mengasingkan komponen-komponen campuran dalam skala besar, manakala kromatografi gas boleh digunakan bagi skala yang lebih kecil (misalnya skala mikro).
[1]Kromatografi gas dikenali juga dengan nama
kromatografi fasa wap (VPC) atau
kromatografi sekatan gas-cecair (GLPC). Nama-nama alternatif ini dan akronim masing-masing sering digunakan dalam karya ilmiah. Sebenarnya, GLPC ialah istilah yang paling tepat, dan disebabkan ini istilah ini digemari oleh ramai penulis.
[1]