Marie Kondo (近藤 麻理恵, Kondō Marie, e diucapkan seperti é, lahir 9 Oktober 1984
[1]), juga dikenali sebagai Konmari
[2] (こんまり), ialah seorang perunding tata rias, penulis dan pengacara TV Jepun.
[3]Kondo telah menulis empat buku mengenai tata rias, yang secara kolektif terjual jutaan salinan di seluruh dunia. Buku-bukunya diterjemahkan dari bahasa Jepun ke dalam beberapa bahasa termasuk
Korea,
Cina,
Sepanyol,
Indonesia,
[4] Itali,
Perancis,
Jerman,
Sweden,
Portugis,
Catalunya dan
Inggeris.
[3] Buku The Life-Changing Magic of Tidying Up (2011) karangannya diterbitkan di lebih dari 30 negara.
[5] Ia menjadi buku terlaris di Jepun dan Eropah, dan diterbitkan di Amerika Syarikat pada 2014.
[3]Di Amerika Syarikat dan United Kingdom, profil Kondo dan kaedahnya banyak didorong oleh kejayaan siri
Netflix Tidying Up with Marie Kondo, yang dikeluarkan pada 2019 dimana Kondo dicalonkan untuk Primetime Emmy Award for Outstanding Host for a Reality or Competition Program.
[6][7]Beliau terpilih sebagai salah soerang dari "100 tokoh paling berpengaruh" oleh majalah
Time pada 2015.
[8]Kondo membuka sebuah kedai dalam talian bernama
KonMari pada 18 November 2019.
[9]