Sejarah Mi_Cina

Rekod bertulis terawal mi adalah dari buku bertarikh Dinasti Han (206 SM – 220 M).[1] Mi, seringkali dihasilkan daripada doh gandum, menjadi makanan ruji terkemuka semasa Dinasti Han.[2] Semasa Dinasti Song (960–1279) kedai mi sangat popular di bandar-bandar, dan kekal dibuka sepanjang malam. Sepanjang tempoh dinasti awal, mi gandum Cina dikenali sebagai "kek sup" (Bahasa Cina: 湯餅; pinyin: tāng bǐng), seperti yang dijelaskan oleh ilmuan dinasti Song, Huang Chaoying (黃朝英) menyebut dalam karyanya "Perbincangan campuran menarik mengenai pelbagai topik ilmiah" (Bahasa Cina: 靖康緗素雜記; pinyin: jìngkāngxiāngsùzájì, Skrol 2) bahawa pada zaman purba makanan beroti seperti pasta dirujuk secara kolektif sebagai "bing" dan dibezakan melalui kaedah memasak mereka.[3]

Pada tahun 2002, ahli arkeologi menemui sebuah mangkuk tembikar yang mengandungi mi diketahui tertua dunia, berusia kira-kira 4000 tahun, di tapak arkeologi Lajia daripada budaya Qijia di sepanjang Sungai Kuning di China.[1][4][5] The noodles were well-preserved.[1][4] Selepas menganalisis sisa mi pada tahun 2004,[4] ia telah ditentukan bahawa mi dibuat daripada sekoi foxtail dan sekoi broomcorn.[1][4][5][6]

Rujukan

WikiPedia: Mi_Cina http://www.kaogu.cn/en/detail.asp?ProductID=986 http://www.foodsubs.com/Noodles.html http://news.nationalgeographic.com/news/2005/10/10... //doi.org/10.1038%2F437967a http://zh.wikisource.org/wiki/%E9%9D%96%E5%BA%B7%E... http://www.chshb.gov.tw/news_detail.asp?news_type=... http://news.bbc.co.uk/2/hi/science/nature/4335160.... http://www.bbc.co.uk/food/recipes/database/chicken... https://www.youtube.com/watch?v=mZ-4S8MzXiI&t=1206 https://www.youtube.com/watch?v=mZ-4S8MzXiI&t=1235