Ekonomi Montreal

Rencana utama: Ekonomi Montreal

Ekonomi Montreal adalah yang kedua terbesar dari semua bandar di Kanada berasaskan GDP[82] dan yang terbesar di Quebec.[83] Bandar ini hari ini adalah sebuah pusat penting perdagangan, kewangan, industri, teknologi, budaya, hal ehwal dunia dan adalah ibu pejabat Montreal Exchange.

Tour de la Bourse (Menara Bursa Saham) di Quartier international de Montréal

Industri Montreal termasuk aerospace, barangan elektronik, farmaseutikal, barangan cetakan, kejuruteraan perisian, telekomunikasi, pengilangan tekstil dan pakaian, tembakau dan pengangkutan. Sektor perkhidmatan juga kuat dan termasuk kejuruteraan sivil, mekanik dan pemerosesan, kewangan, pendidikan tinggi, dan penyelidikan dan pembangunan. Pada 2002, Montreal ditempatkan sebagai pusat terbesar ke-4 di Amerika Utara dari segi pekerjaan ruang angkasa.[84]

Port of Montreal adalah pelabuhan dalam terbesar di dunia mengurua skan 26 juta tan kargo setiap tahun.[85] Sebagai salah satu dari pelabuhan terpenting di Kanada, ia tetap menjadi titik trans-pengiriman untuk biji, gula, produk petroleum, mesin, dan barangan pengguna. Untuk alasan ini, Montreal adalah pusat kereta api Kanada dan telah sentiasa menjadi sebuah bandar kereta api yang terpenting; ia rumah pada ibu pejabat Canadian National Railway,[86] dan rumah pada ibu pejabat Canadian Pacific Railway hingga 1995.[87]

Ibu pejabat Canadian Space Agency terletak di Longueuil, di tenggara Montreal.[88] Montreal juga menjadi tuan rumah ibu pejabat International Civil Aviation Organization (ICAO, sebuah lembaga United Nations);[89] World Anti-Doping Agency (sebuah lembaha Olympic);[90] International Air Transport Association (IATA),[91] IATA Operational Safety Audit and the International Gay and Lesbian Chamber of Commerce (IGLCC),[92] as well as some other international organizations in various fields.

Pintu masuk barat Montreal World Trade Centre di Victoria Square.

Montreal juga sebuah pusat pengeluaran filem dan televisyen. Ibu pejabat Alliance Films dan lima studio pengeluar dokumentari National Film Board of Canada yang pemenang Academy Award berada di bandar ini, dan juga pejabat-pejabat utama Telefilm Canada, filem panjang ciri negara dan agensi dana televisyen dan Télévision de Radio-Canada. Diberikan seni bina eklektiknya dan terdapatnya perkhidmatan filem dan ahli-ahli kakitangan, Montreal adalah sebuah lokasi perfileman masyhur untuk filem-filem panjang ciri, dan kadang-kadang berdiri untuk lokasi-lokasi Eropah.[93][94] Bandar ini juga adalah rumah pada banyak festival budaya, filem dan muzik (Just For Laughs, Just For Laughs Gags, Montreal International Jazz Festival, Montreal World Film Festival, dan yang lain-lain), yang menyumbang banyak pada ekonominya. Ia juga rumah pada salah satu dari usahawan budaya terbesar di dunia, Cirque du Soleil.[95]

Industri permainan video juga berkembang di Montreal sejak 1997, berbetulan dengan pembukaan Ubisoft Montreal.[96] Baru-baru ini, bandaraya Montreal telah menarik pemaju permainan dan studio penerbit utama di dunia seperti Ubisoft Montreal, EA, Eidos Interactive, Artificial Mind and Movement, Strategy First, THQ, terutamanya oleh kerana kualiti buruh khas tempatan. Baru-baru ini, Warner Bros. Interactive Entertainment, suatu pembahagian Warner Bros. Home Entertainment Group, hmengumumkan bahawa ia akan membuka sebuah studio jenama permainan video baru di Montreal.[97] Agak baru pada industri permainan video baru, ia akan menjadi studio pertama Warner Bros. yang dibuka, bukan dibeli, dan akan membangunkan permainan untuk sebarang francais-francais Warner Bros. seperti Batman dan permainan lain dari portfolio DC Comics mereka. Studio baru akan mencipta 300 pekerjaan untuk ekonomi Montreal.

Pusat Air Canada (bahasa Perancis: Centre Air Canada), ibu pejabat Air Canada

Montreal juga memainkan suatu peranan penting dalam industri kewangan. Pejabat-pejabat korporat utama Bank of Montreal dan Royal Bank of Canada, dua dari lima bank terbesar di Kanada, masih berada di Montreal dengan ibu pejabat korporat beroperasi mereka di Toronto, Ontario. National Bank of Canada, bank terbesar keenam di Kanada, Laurentian Bank of Canada, Desjardins Group, bank daerah terbesar di Quebec, juga ditempatkan ibu pejabat di Montreal.

Beberapa syarikat ditempatkan ibu pejabat di Greater Montreal Area termasuk Rio Tinto Alcan,[98] Desjardins Group, Bombardier Inc.,[99] Canadian National Railway,[100] CGI Group,[101] Air Canada,[102] Air Transat,[103] CAE,[104] Saputo,[105] Cirque du Soleil, Quebecor,[106] Ultramar, Jean Coutu Group,[107][pautan putus] Uniprix,[108] Proxim,[109] Domtar, Le Chateau,[110] Power Corporation, Bell Canada.[111] Standard Life,[112] Hydro-Québec, AbitibiBowater, Pratt and Whitney Canada, Molson,[113] Tembec, Alimentation Couche-Tard, SNC-Lavalin,[114] MEGA Brands,[115] Aeroplan,[116] Agropur,[117] Metro Inc., Astral Media,[118] Laurentian Bank of Canada,[119] National Bank of Canada,[120] Transat A.T.,[121] VIA Rail,[122] Novacam Technologies, dan Caisse de dépôt et placement du Québec.Greater Montreal mempunyai KDNK $120 bilion pada 2005, meletaknya ke-39 di dunia.[123] Ia dianggapkan berkembang ke hampir $126 bilion pada 2008 dan $140 bilion pada 2012.[124]

Montreal Oil Refining Centre adalah pusat penapisan terbesar di Kanada dengan syarikat seperti Petro-Canada, Ultramar, Gulf Oil, Petromont, Ashland Canada, Parachem Petrochemical, Coastal Petrochemical, Interquisa (Cepsa) Petrochemical, Nova Chemicals dan lebih. Meskipun, Shell telah berkeputusan untuk menutup pusat penapisan itu pada 2010, dengan beratus-ratus orang hilang pekerjaan dan menyebabkan suatu ketambahan bergantung pada kepada kilang penapisan asing untuk Kanada timur.

Rujukan

WikiPedia: Montreal http://yerevan.am/index.php?page=monreal&lang=eng http://www.airtransat.ca/en/6_2.asp http://www.airtransat.ca/en/Info/contact-us.aspx?E... http://www.bce.ca/en/contact/ http://www.cbc.ca/canada/montreal/story/2006/12/19... http://www.cn.ca/companyinfo/history/en_AboutBirth... http://www.cn.ca/companyinfo/history/en_AboutProfi... http://www.cn.ca/en/contacts.htm http://www.corporateknights.ca/special-reports/68-... http://www.corporateknights.ca/special-reports/68-...