Montreal
Montreal

Montreal

Montreal (مونتريال ( dengar (bantuan·maklumat))[4] (Perancis: Montréal ( dengar (bantuan·maklumat)))[5] adalah bandar kedua terbesar di Kanada selepas Toronto dan bandar terbesar di negeri Quebec. Dahulunya bandar raya ini digelar sebagai "Ville-Marie" atau "Bandar Mary".[6] Bandar raya ini mendapat nama yang terkini dari Mont-Royal iaitu sebuah bukit berpuncak tiga yang terdapat di tengah-tengah bandar yang namanya juga mula-mula diberikan kepada pulau di mana bandar ini terletak atau Mont Réal seperti yang dieja dalam Bahasa Perancis Tengah[7] (Mont Royal dalam bahasa Perancis kini).[8][9][10]Pada Julai 2009, Statistik Kanada telah memperkenalkan "Kawasan Metropolitan Bancian Montreal" (CMA) iaitu sebuah kawasan seluas 4,259 kilometer persegi (1,644 batu persegi) sebagai kawasan kedua paling ramai penduduknya di Kanada dengan anggaran populasinya ialah 3,814,700 orang dan juga suatu populasi berjumlah 1,906,811 orang di Gugusan Montreal, yang termasuk semua kawasan perbandaran di pulau Montreal.[11][12] Bandar raya Montreal sendiri mempunyai jumlah penduduk seramai 1,620,693 orang (dalam banci 2006).[13]Bahasa rasmi bagi bandar raya ini ialah bahasa Perancis dan ia dituturkan sebanyak 59.8% daripada populasi Montreal dan diikuti dengan bahasa Inggeris sebanyak 19.4% (seperti bancian 2006).[14][15] and is also spoken language at home by 59.8% of the population, followed by English at 19.4% (as of 2006 census).[16][17] Dalam Kawasan Metropolitan Bancian Montreal (CMA), 67.9% peratus penduduk bertutur dalam bahasa Perancis di rumah berbanding dengan bahasa Inggeris sebanyak 16.5%. Lebih separuh penduduk Montreal boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa itu. Pada dasarnya, Montreal merupakan bandar berbahasa Perancis kedua terbesar di dunia selepas Paris di Perancis.[18]Montreal merupakan salah sebuah bandar paling sesuai didiami di dunia dan digelar sebagai "Ibu Negara Budaya Kanada" oleh majalah Monocle dan baru-baru ini dinamakan sebagai "Bandar Reka Bentuk" UNESCO.[19][20] Hari ini, Montreal menjadi salah sebuah pusat perdagangan, aeroangkasa, kewangan, farmaseutikal, teknologi, budaya, pelancongan filem dan hal ehwal yang penting di dunia.[21]Pada 2010, Montreal telah digelarkan sebuah bandar hub, ditempatkan ke-34 secara global dari 289 bandar untuk inovasi di sepanjang pelbagai sektor ekonomi bandar, dalam Innovation Cities Index oleh 2thinknow.[22] Montreal adalah bandar Kanada yang seterusnya dalam indeks tahunan di belakang bandar nexus Toronto dalam tempat ke-12 dan berhadapan rakan bandar hub Calgary, Quebec City, Vancouver and Edmonton.[23] Pada 2009, Montreal digelar bandar tuan rumah nombor satu Amerika Utara untuk upacara persatuan antarabangsa, menurut dengan penempatan awal International Congress and Convention Association (ICCA).[24]

Montreal

Diasaskan 1642
Lowest elevation 6 m (20 ft)
Postal code span
• Demonym Montrealer (English),
Montréalais / Montréalaise (French)
• Musim panas (DST) UTC−4 (EDT)
• Datuk bandar Valérie Plante
• Kepadatan 4,439/km2 (11,496/batu persegi)
• Metro 3,635,571 (2nd)
Zon waktu UTC−5 (EST)
County daerah Montreal
• Urban 3,316,615
• Kepadatan metro 854/km2 (2,210/batu persegi)
Kod kawasan 514, 438, and 450, 579 (metro)
• Bandaraya 1,620,693 (2nd)
Laman web City of Montreal
Ditubuhkan 1832
Negara  Kanada
Provinsi  Quebec
Highest elevation 233 m (764 ft)

Rujukan

WikiPedia: Montreal http://yerevan.am/index.php?page=monreal&lang=eng http://www.airtransat.ca/en/6_2.asp http://www.airtransat.ca/en/Info/contact-us.aspx?E... http://www.bce.ca/en/contact/ http://www.cbc.ca/canada/montreal/story/2006/12/19... http://www.cn.ca/companyinfo/history/en_AboutBirth... http://www.cn.ca/companyinfo/history/en_AboutProfi... http://www.cn.ca/en/contacts.htm http://www.corporateknights.ca/special-reports/68-... http://www.corporateknights.ca/special-reports/68-...