Musala al-Qibli (
Bahasa Arab: المصلى القِبْلي,
Bahasa Inggeris: Qibli Chapel) atau
Jamik al-Qibli (
Bahasa Arab: الجامع القِبْلي) atau
Masjid al-Qibli (
Bahasa Arab: المسجد القبلي) ialah salah satu bangunan utama yang terdapat dalam kompleks
Masjid Al-Aqsa bahagian selatan dengan ciri khas kubah timahnya yang berwarna kelabu. Musala al-Qibli juga sering dipanggil sebagai
Masjid Al-Aqsa itu sendiri, walaupun Masjid Al-Aqsa juga merujuk kepada keseluruhan kompleks yang di dalamnya terdapat beberapa bangunan penting; seperti Musala al-Qibli itu sendiri,
Kubah Al-Sakhrah,
Musala Al-Marwani,
Kubah Al-Mikraj,
Kubah Al-Silsilah,
Kubah Al-Nabi, dan bangunan-bangunan lainnya.Musala al-Qibli kali pertama dibangun pada zaman
Umar Al-Khattab, meskipun beberapa pendapat menyatakan bahawa masjid ini dibangun pada zaman Khilafah Umaiyah. Setelah gempa bumi tahun 746, masjid ini hancur seluruhnya dan dibangun semula oleh khalifah
Abbasiyah Al-Mansur pada tahun 754, dan dikembangkan lagi oleh penggantinya
Al-Mahdi pada tahun 780. Gempa berikutnya menghancurkan sebahagian besar Musala al-Qibli pada tahun 1033, tetapi dua tahun kemudian khalifah
Fatimiyyah Ali al-Zahir membangun semula masjid ini yang masih tetap berdiri hingga kini.Dalam pelbagai pembaikan berkala yang dilakukan, pelbagai dinasti
khalifah Islam telah melakukan penambahan terhadap Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya, antara lain pada bahagian
kubah,
fasad,
mimbar,
menara, dan dalaman bangunan termasuklah Musala al-Qibli. Ketika
Tentera Salib menakluki
Baitulmuqaddis pada tahun 1099, mereka menggunakan masjid ini sebagai istana dan
Kubah Al-Sakhrah sebagai gereja, tetapi fungsi masjid dikembalikan semula setelah
Salahuddin mengambil alih kepemimpinan kota itu. Pengubahsuaian, pembaikaj, dan penambahan lebih lanjut dilakukan pada abad-abad kemudian oleh para pemerintah
Ayubiyah,
Mamluk,
Uthmaniyah,
Majlis Tinggi Islam era
Mandat Palestin, dan
Jordan.Pembakaran Masjid al-Qibli pada
21 Ogos 1969 telah mendorong berdirinya
Pertubuhan Persidangan Islam yang saat ini beranggotakan 57
negara. Pembakaran tersebut juga menyebabkan mimbar purba
Salahuddin Al-Ayyubi terbakar habis.
Dinasti Bani Hasyim pemerintah Kerajaan
Jordan telah menggantinya dengan mimbar baru yang dihasilkan di
Jordan[2], meskipun ada pula yang menyatakan bahawa mimbar buatan
Jepara digunakan di masjid ini.
[3][4]