Sejarah Muzik_FM

Muzik FM mempunyai asal usul yang menarik dan unik. Seawal penubuhannya pada 20hb Jun 1975, FM Stereo merupakan stesen radio yang pertama di Malaysia memberi perkhidmatan siaran dalam bentuk stereofonik. Pada tahun 1989, nama FM Stereo telah ditukarkan ke Radio 2 dan telah berjaya menarik minat ramai pendengar. Dalam usaha untuk meningkatkan lagi jumlah pendengar pada 1 Ogos 1994 sekali lagi namanya ditukar, kali ini dikenali sebagai Radio Muzik. Beberapa rombakan telah dilaksanakan: stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari, segmen-segmen Bahasa Inggeris telah diperkenalkan untuk menarik lebih ramai lagi pendengar berbilang bangsa di Malaysia mendengar stesen ini.

Muzik FM menampilkan konsep “Piped Music” dengan penjadualan berdasarkan “Niche Scheduling” dalam dwi bahasa. Kawasan liputan juga diperluaskan, kalau dahulunya Muzik FM hanya dapat didengar di kawasan tengah semenanjung, kini dipancarkan ke seluruh negara. Siaran Muzik FM juga dapat didengar di negara jiran seperti Singapura, Brunei, Kalimantan, Kepulauan Riau Indonesia serta kawasan selatan Thailand. Pelancaran laman web Muzik FM menandakan bermulanya era baru stesen ini dalam menerokai dan memasuki alam pengkomputeran dan alam siber internet. Rancangan-rancangan seperti “CYBER REQUEST”, PILIHAN BERSAMA, JAGA-JAGA, ADE-ADE AJE, REMAJA dan RITMA & MINDA telah diperluaskan cara penyertaannya bukan sahaja melalui kad permintaan malah boleh disertai melalui laman web kelab peminat Muzik FM di alamat www.amboi.net.

Walau bagaimanapun, nama Muzik FM tidak dapat bertahan lama kerana pada 1 Ogos 1998, semua stesen radio di RTM telah ditambah perkataan Radio Malaysia Saluran……, jadilah RADIO MALAYSIA SALURAN MUZIK atau RMSM. Berikutan itu “ID Stesen” juga turut ditukarkan. Di atas permintaan ramai dan kesuaiannya dalam meneroka arus dalam bidang penyiaran negara, maka pada awal tahun 2000, Muzik FM kembali mengekalkan namanya sehinggalah ke hari ini. Siaran Muzik FM kini boleh didengar melalui internet hasil kerjasama Universiti Multimedia pada 1 Mei 2000. Mulai 1 Januari 2001, Muzik FM yang beroperasi 24 jam, melaksanakan penyampaian dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya dan pada 15 Julai 2002, penyiaran lagu-lagunya adalah 50% lagu-lagu Melayu dan 50% lagu-lagu Inggeris dan Antarabangsa. Pada 4 Januari 2012. Muzik FM hanya boleh didengar melalui siaran live streaming melalui laman web

(RTM)