Operasi_Torch
Operasi_Torch

Operasi_Torch

 Kanada
 Belanda
 Australia Jerman Nazi
 Itali Ernst KalsOperasi Torch (pada awalnya dipanggil Operasi Gymnast) adalah penyerbuan Amerika-British ke atas Afrika Utara Perancis semasa Kempen Afrika Utara dalam Perang Dunia II yang bermula pada 8 November 1942. Ia adalah operasi besar pertama yang melibatkan askar AS di kancah Eropah / Afrika Utara dimasa Perang Dunia II.[4] Operasi ini sebahagian besarnya berjaya mengakibatkan Afrika Utara Perancis jatuh ke tangan pihak Bersekutu, tetapi ia tidak mengalih majoriti askar Jerman atau materiel perang dari barisan lain, kerana mereka sengaja membiarkan koloni sekutu Perancis tumbang.Pihak Soviet Union telah menekan AS dan British untuk memulakan operasi Eropah dan membuka barisan kedua bagi mengurangkan tekanan tentera Jerman ke atas tentera Soviet. Walaupun para panglima AS menyukai Operasi Sledgehammer, pendaratan di Taklukan Eropah yang secepat mungkin, para panglima British percaya bahawa formula semacam itu mungkin berakhir dengan bencana.[5]Pendaratan di Afrika Utara Perancis sebaliknya dicadangkan. Pada 28 Julai, Afrika Korps, dibawah Jeneral Erwin Rommel, menawan Mersa Matruh, di Mesir, hanya 140 batu (230 km) dari Iskandariah. Pendaratan ke barat akan mengurangkan tekanan pada tentera Bersekutu di Mesir. Mereka juga akan menguasai kawalan tentera laut Bersekutu di barat daya Mediterranean, dan membuat satu penyerbuan di Eropah Selatan pada tahun 1943. Presiden A.S., Roosevelt, menyangka bahawa pendaratan di barat laut Afrika akan mengetepikan satu penyerbuan di Eropah pada tahun 1943, tetapi bersetuju untuk menyokong Perdana Menteri British Winston Churchill.[6] Roosevelt mahu menyerang Jerman secepat mungkin yang boleh, dan selepas persetujuan telah dicapai untuk mendarat di Mediterranean beliau telah menelegram Churchill pada 27 Julai “I cannot help feeling that last week represented a turning point in the whole war".Para panglima kanan AS tetap menentang pendaratan itu. Selepas Ketua Turus Gabungan (CCS) Sekutu Barat bertemu di Washington pada 30 Julai, Jeneral George Marshall dan Laksamana Ernest King enggan meluluskan rancangan itu. Apabila Roosevelt mendapat tahu, beliau naik angin,[petikan diperlukan] lantas memanggil Marshall dan King ke White House petang itu,[bila?] dan memberi arahan terus supaya operasi Torch mendahului operasi lain dan akan berlangsung dalam tarikh yang terdekat. Ia merupakan satu-satunya dari dua arahan terus yang beliau keluarkan kepada para panglima tentera semasa perang.[7] (Yang lain adalah pada bulan Mac 1943, apabila Roosevelt mengarahkan King memindahkan 60 buah pesawat B-24 Liberator dari Pasifik ke Atlantik, untuk memerangi U-Boat.)Operasi Torch merupakan operasi ofensif Amerika yang pertama dalam Perang Dunia II Kancah Eropah dan merupakan penyerbuan amfibia terbesar dan paling rumit dalam sejarah, sehinggalah penyerbuan Normandy.[4] Ia juga merupakan kerahan bersenjata Amerika yang pertama dalam dunia Arab semenjak Peperangan Barbary.[4]

Operasi_Torch

Tarikh 8–16 November 1942
TarikhLokasiHasil
Tarikh8–16 November 1942
LokasiMaghribi Perancis dan Algeria Perancis
HasilKemenangan Bersekutu
Lokasi Maghribi Perancis dan Algeria Perancis
Hasil Kemenangan Bersekutu