Operasi_Zipper
Operasi_Zipper

Operasi_Zipper

Operasi Zipper atau Bahasa Inggeris: Operation Zipper ialah rancangan British untuk menawan sama ada Port Swettenham (Pelabuhan Klang) atau Port Dickson, di Malaya, sebagai tempat berkumpul bagi menawan semula Singapura, sewaktu Perang Dunia Kedua. Zipper tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan tamatnya perang Pasifik. Namun demikian, beberapa pendaratan di Pulau Pinang dilakukan bertujuan untuk meninjau gerakan Jepun, dan pendaratan-pendaratan ini tidak bertemu tentangan.[7]Rancangan perdayaan serangan ini dipanggil Operation Slippery, sementara satu pasukan Special Operations Executive dipimpin Kapten Ibrahim Ismail (kemudian Jeneral Tun Ibrahim Ismail) yang mendarat pada bulan Oktober 1944 berjaya memperdayakan pihak Jepun yang pendaratan akan dilakukan di Segenting Kra, 650 batu ke arah utara.[8]Sebaliknya, berikutan penyerahan kalah Jepun, pihak Bersekutu melaksanakan Operasi Tiderace. Armada Bersekutu meninggalkan Rangoon pada 27 Ogos 1945, sebagai sebahagian daripada pasukan Laksamana Madya Harold Walker. Armada yang belayar ke Pulau Pinang digelar Task Force 11,[9] dan terdiri daripada kapal tempur (kapal perang kelas battleship) HMS Nelson, kapal induk pesawat udara (escort carrier)HMS Attacker[10] dan HMS Hunter,[11] kapal perang penjajap ringan (light cruiser) HMS Ceylon, kapal pembinasa (destroyer) HMS Paladin dan HMS Petard, dan dua kapal jenis pendarat tentera infantri (landing ship, infantry).[9]Armada tiba di Pulau Pinang pada 28 Ogos. HMS Nelson dijadikan kapal laksamana dan surat penyerahan kalah ditandatangani di atas Nelson pada 2 September. Dengan penyerahan kalah Jepun, pasukan Divisyen ke-25 India (British) ditempatkan di Tanah Melayu, dan armada Walker seterusnya belayar ke Singapura dan bergabung dengan konvoi utama.

Rujukan

WikiPedia: Operasi_Zipper http://www.flickr.com/photos/tianyake/3927890884/s... http://www.orbat.com/site/history/historical/malay... http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-01BB-Nelso... http://www.uboat.net/allies/commanders/37.html http://books.google.com.sg/books?id=0M4Pl_VCExgC&p... http://staff.science.nus.edu.sg/~sivasothi/blog/pd... http://www.telegraph.co.uk/news/obituaries/militar... http://www.colonialfilm.org.uk/node/2340%7Cpublish... http://www.royalnavyresearcharchive.org.uk/ESCORT/... http://www.royalnavyresearcharchive.org.uk/ESCORT/...