Paus Paus_Ioannes_XXIII

Kardinal Roncalli telah dipilih sebagai paus pada 28 Oktober 1958. [2] Pertabalannya telah disiarkan di televisyen Eropah dan difilemkan untuk tontonan di bahagian-bahagian lain di dunia.

Paus John telah dikenali dengan menamakan Kardinal dari Afrika yang pertama, kardinal dari Jepun yang pertama, kardinal dari Filipina yang pertama dan Kardinal dari Venezuela yang pertama. [3]

Beliau merupakan Paus yang pertama untuk membuat lawatan rasmi kepada Presiden Republik Itali di Istana Quirinal. [4]

Majlis Mesyuarat Vatikan Kedua

Paus John membawa bersama uskup dan kardinal gereja dalam mesyuarat yang dipanggil Majlis Mesyuarat Vatikan Kedua. [5]

Meninggal dunia

John XXIII meninggal dunia akibat perut berlubang pada 3 Jun 1963. Beliau meninggal dunia selepas sebuah missa diadakan khas untuknya di Dataran Saint Peter diketuai oleh Paderi Luigi Traglia. Kemudian biliknya diterangi, sekali gus memberitahu rakyat apa yang telah berlaku. Beliau dikebumikan pada 6 Jun di grottos Vatikan. Pada 22 Jun 1963, sehari selepas rakan dan penggantinya Paus Paul VI dipilih, kemudian berdoa di makam John XXIII.

Selepas kematiannya

Pada 3 September 2000, Paus John XXIII telah dirahmati dan diberi gelaran "Paus Diberkati John XXIII". Pada 27 April 2014, Paus John XXIII telah dikanunkan oleh Paus Francis dan mengisytiharkan Santo baharu Gereja Roman Katolik diberi gelaran "Santo John XXIII" bersama Paus John Paul II yang kini dikenali sebagai "Santo John Paul II".

Rujukan

WikiPedia: Paus_Ioannes_XXIII http://query.nytimes.com/mem/archive/pdf?res=F1091... http://query.nytimes.com/mem/archive/pdf?res=F2081... http://select.nytimes.com/gst/abstract.html?res=F7... http://select.nytimes.com/gst/abstract.html?res=FA... http://www2.fiu.edu/~mirandas/bios-r.htm#Roncalli http://www2.fiu.edu/~mirandas/cardinals.htm http://www.catholic-hierarchy.org/ http://www.catholic-hierarchy.org/bishop/broncalli... http://www.newadvent.org/cathen/12272b.htm http://www.vatican.va/holy_father/index.htm