Ajaran Paus_John_Paul_II

John Paul II pada umumnya menentang komunisme. Beliau juga merupakan pengkritik kapitalisme yang tidak terkawal dan beliau tidak mahu hak asas rakyat ditindas oleh kerajaan dunia. Beliau mengutuk aspek-aspek teologi Pembebasan secara rasmi.[52] Beliau menentang pengguguran dan kontrasepsi secara umum.[53] Sebagai ketua kumpulan Kristian terbesar, John Paul II mengajar pandangan teologi konservatif mengenai seksualiti manusia. Mengenai subjek tersebut, beliau menulis 130 topik yang dipanggil Teologi Badan. Beliau menentang homoseksual, dan memihak kepada orang yang memulakan keluarga sebagai satu suami dan satu isteri.[54] Tetapi beliau berkata bahawa homoseksual mempunyai maruah dan hak yang sama seperti semua orang.[55] Pada 30 April 2000, John Paul telah melancarkan Hari Kerahmatan Tuhan, menurut ajaran Saint Faustyna Kowalska dan pada hari itu juga diisytiharkan sebagai Orang Suci Gereja Katolik. Perayaan Rahmat Tuhan terus berkembang di seluruh dunia. John Paul juga diingat kerana pengabdiannya kepada Perjamuan Tuhan yang Diagungkan, Tubuh Kudus dan Darah Kristus.