Penerbangan 93 United Airlines ialah
penerbangan rentas benua berjadual pagi oleh
United Airlines dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Newark di
Newark, New Jersey, ke
Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco di
California. Pada 11 September 2001, sebuah pesawat
Boeing 757–222 yang terbang mengikut laluan ini dirampas oleh empat orang pengganas
al-Qaeda sebagai sebahagian
serangan 11 September, lalu terhempas di sebuah padang dekat
Shanksville,
Pennsylvania dalam cubaan penumpang merampas balik pesawat.Perampas memecah masuk kokpit pesawat lalu mengatasi juruterbang dan pembantu-pembantunya kira-kira 46 minit selepas berlepas.
Ziad Jarrah, seorang juruterbang terlatih, kemudian menguasai pesawat lalu menghalakannya balik ke pantai timur Amerika Syarikat. Walaupun masih belum dibuktikan, ramai yang beranggapan bahawa sasarannya ialah
Kapitol Amerika Syarikat di
Washington, D.C.[1] ataupun
Rumah Putih, mungkin dengan tujuan membunuh Presiden
George W. Bush. Bagaimanapun, pada masa itu, Presiden sedang melawat sebuah sekolah rendah di
Florida.Selepas para perampas menawan pesawat, beberapa orang penumpang dan pramugara sempat membuat panggilan telefon dan mendapat tahu bahawa serangan telah pun dilakukan terhadap
World Trade Center di
New York dan
Pentagon di
Virginia. Oleh itu, sesetengah penumpang memutuskan untuk cuba merampas balik pesawat itu. Bagaimanapun, kapal terbang ini terhempas di sebidang padang di
Kawasan Perbandaran Stonycreek dekat Shanksville di
Kaunti Somerset, Pennsylvania, kira-kira 80 batu (130 km) di tenggara bandaraya
Pittsburgh dan 150 batu (240 km) di barat laut Washington, D.C. Kesemua penumang, termasuk keempat-empat perampas, terkorban. Hempasan ini disaksikan oleh ramai orang di darat dan dilaporkan oleh agensi berita dalam masa sejam selepas kejadian.Analisa susulan pada
kotak hitam yang diambil dari tapak hempasan mendapati tindakan-tindakan yang diambil oleh penumpang untuk menghalang pesawat itu daripada mencapai sasarannya. Daripada keempat-empat pesawat yang ditawan pada 11 September – yang lain ialah
Penerbangan 11 American Airlines,
Penerbangan 77 American Airlines dan
Penerbangan 175 United Airlines – Penerbangan 93 United Airlines sahajalah yang gagal menemui sasaran perampas.Sebuah
tugu peringatan tetap di tapak hempasan dijadualkan siap pada tahun 2011.
[2]