Penutupan_kerajaan_di_Amerika_Syarikat
Penutupan_kerajaan_di_Amerika_Syarikat

Penutupan_kerajaan_di_Amerika_Syarikat

Dalam politik Amerika Syarikat, penutupan kerajaan (Bahasa Inggeris: government shutdown) adalah situasi ketika Kongres gagal menyepakati belanjawan yang diperlukan untuk operasi kerajaan. Biasanya kerajaan berhenti menyediakan semua perkhidmatan selain yang "penting" atau "kritikal" sahaja, namun kerana Kongres harus mengesahkan semua perbelanjaan kerajaan, tiada undang-undang yang melindungi mana-mana perkhidmatan kerajaan daripada penutupan. Perkhidmatan persekutuan boleh diteruskan untuk sementara setelah penutupan, termasuk kawalan sempadan, perkhidmatan kesihatan di kemudahan persekutuan, angkatan bersenjata, kawalan lalu lintas udara (ATC), dan sistem penjara. Ia serupa dengan sekat masuk kerja dalam sektor swasta.[1]Pada era kerajaan Ford dan Carter, terjadi penutupan separa kerajaan sebanyak 6 kali yang hanya memengaruhi jabatan Buruh dan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Penutupan separa ini berlangsung antara 8 hingga 18 hari dan masalah utamanya adalah belanjawan persekutuan untuk pengguguran. Pada era pemerintahan Reagan, terjadi 8 penutupan penuh kerajaan yang berlangsung selama 1 sampai 3 hari dan masalah utamanya adalah defisit belanjawan Amerika Syarikat. Ada juga penutupan serupa selama 4 hari pada masa pemerintahan pertama Bush.Pada masa pemerintahan Clinton, setelah kubu konservatif menang besar di Kongres dalam Revolusi Republikan 1994, terjadi dua penutupan kerajaan secara penuh selama 5 dan 21 hari. Penutupan yang kedua itu adalah yang terlama sepanjang sejarah. Lagi-lagi masalah utamanya ialah defisit belanjawan.Penutupan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat 2013 sedang berlangsung sejak 1 Oktober 2013. Masalah utama antara Dewan Perwakilan yang dikuasai Parti Republikan dan Senat yang dikuasai Parti Demokrat (didukung Presiden Obama) adalah keinginan Republikan untuk menunda penerapan Akta Perlindungan Pesakit dan Penjagaan Mampu yang diluluskan tahun 2010.[2]

Rujukan

WikiPedia: Penutupan_kerajaan_di_Amerika_Syarikat http://www.astroawani.com/news/show/operasi-keraja... http://money.cnn.com/2011/04/06/news/economy/feder... http://www.highbeam.com/doc/1P2-22781595.html http://www.highbeam.com/doc/1P2-22784109.html http://www.highbeam.com/doc/1P2-22806513.html http://www.insurancejournal.com/news/east/2007/07/... http://nbcpolitics.nbcnews.com/_news/2013/09/29/20... http://intransit.blogs.nytimes.com/2011/04/08/what... http://thecaucus.blogs.nytimes.com/2011/04/07/will... http://www.outsidethebeltway.com/a-brief-history-o...