Perjanjian_Ottawa
Perjanjian_Ottawa

Perjanjian_Ottawa

Perjanjian Ottawa, atau nama penuhnya Konvensyen Larangan terhadap Penggunaan, Simpanan Stok, Pembuatan dan Pemindahan Periuk Api Pembinasa Anggota, dan Pemusnahannya (Bahasa Inggeris: Convention on the Prohibition of the Use, Stockpiling, Production and Transfer of Anti-Personnel Mines and on their Destruction), mengharamkan segala periuk api pembinasa anggota. Tepat pada Mei 2009, perjanjian ini disertai oleh 156 negara. Dua buah negara telah menandatanganinya tetapi belum meratifikasinya. 37 buah negara, termasuk Republik Rakyat China, Cuba, Mesir, Finland, India, Iran, Israel, Lubnan, Libya, Korea Utara, Pakistan, Rusia, Syria dan Amerika Syarikat, tidak menyertai Konvensyen ini. Pada tahun 2009, Rwanda menjadi negara pertama yang disahkan bebas periuk api.