Ratu_(album)
Ratu_(album)

Ratu_(album)

Ratu merupakan album hasil nukilan Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 1996. Album ini juga mempunyai sampel CD yang dipasarkan di Jepun untuk siaran radio di negara tersebut.[1] Album ini diterbitkan oleh Roslan Aziz di bawah label syarikat rakamannya iaitu Roslan Aziz Productions. Antara barisan penggubah lagu dan penulis lirik yang menjayakan album ini termasuklah Mac Chew, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Mukhlis Nor dan ramai lagi.Selepas pengeluaran album ini, beliau telah membawakan irama muziknya ke United Kingdom (UK) dan membuat persembahan di West End Royalty Theatre pada Mac 1996. Tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual. Beliau juga telah menjadi orang Malaysia yang pertama pernah menandatangani kontrak bersama East West Records, sebuah label syarikat rakaman gabungan UK. Syarikat ini telah mengeluarkan album Ratu sebagai edisi khas bersama sesi bertemu peminat di kedai muzik terbesar dunia, Tower Records di Piccadilly Circus, London. Beliau juga amat bertuah kerana telah mendapat keistimewaan untuk berada di sana kerana tempat tersebut hanya dikhaskan untuk artis bertaraf antarabangsa.[2]