Sejarah Ringgit_Brunei

Brunei menggunakan sistem kewangan Singapura dari 1800-an sehingga 1967. Pada 1800-an Dolar Dagang perak Mexico (XMSD - silver Mexico Trade Dollar) digunakan sebagai mata wang tetapi setelah penubuhan daerah perlindungan British (British protectorate), Dolar Penempatan Selat (STSD) menjadi mata wang rasmi negeri-negeri selat. Dolar Selat ini dipautkan pada Paun Britain pada kadar satu dolar STSD bersamaan 28 pence dan dikeluarkan oleh kerajaan Negeri-negeri Selat.

Pada 1862, India mengeluarkan mata wang rasmi penempatan Selat setelah kuasa pemerintahan Negeri-Negeri Selat dipindahkan ke India. Mata wang ini digunakan oleh Negeri-negeri selat (1871 sehingga 1941), kerajaan Sarawak (1863 sehingga 1941), dan Syarikat British Borneo Utara (1967 sehingga 1941).

Jepun menduduki Brunei dari 16 Disember 1941 hingga Jun 1945. Dolar Gumpyo Jepun diperkenalkan oleh kerajaan Jepun dan mempunyai nilai yang sama dengan Dolar Selat. Bank Pembangunan Selatan ditubuhkan pada 20 Februari 1942 dan merupakan bank pusat untuk Brunei, Myanmar, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura. Pada 26 Mac 1943, bank ini dibenarkan untuk mengeluarkan wang kertas Jepun.

Apabila Perang Dunia II tamat dan penempatan Selat dibubarkan (1 April 1946), Dolar Penempatan Selat turut terbubar dan digantikan oleh Dolar Malaya. Dolar Malaya dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata wang Malaya dari 1946 hingga 31 Disember 1951 dan Lembaga Pesuruhjaya Mata wang Malaya - Borneo British dari 1952 hingga 1967. Brunei menubuhkan lembaga mata wang pada 12 Jun 1967 dan mula mengeluarkan mata wangnya sendiri pada 1967. Mata wang Brunei diikat pada Dolar Singapura. Mata wang yang dikeluarkan oleh Lembaga Mata wang Malaya - Borneo British tidak boleh digunakan di Brunei, Malaysia dan Singapura bermula secara efektif pada 16 Januari 1969. Wang kertas dikeluarkan oleh kerajaan Brunei (Governmant of Brunei) dari 1967 hingga 1988, dan kemudiannya dikeluarkan oleh Negara Brunei Darussalem sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun nama lain bagi Dolar Brunei (B$) ialah Ringgit tetapi orang Melayu Brunei tetap memanggilnya sebagai Ringgit Brunei (RB). Dolar Brunei boleh dibahagi kepada 100 sen.

Perjanjian Pertukaran pada 1967 ditandatangani antara Brunei, Malaysia, dan Singapura pada 12 Jun 1967, di mana bank dan pihak berkuasa di ketiga tiga negara ini akan menerima wang kertas dan syiling daripada dua negara yang lain tanpa yuran pertukaran. Walau bagaimanpun, Malaysia menamatkan perjanjian ini dengan Singapura pada 8 Mei 1973. Brunei dan Singapura masih meneruskan perjanjian itu sehingga sekarang.