Sifat Rodensia

Capybara, rodensia maujud yang terbesar, boleh mencapai berat 80 kg (180 lb).

Kebanyakan rodensia bersaiz kecil; misalnya, tikus pigmi Afrika yang matang boleh menjadi sekecil 6 cm (2.4 in) panjangnya dan 7 g (0.25 oz) beratnya. Berbeza pula dengan capybara yang boleh mencapai berat 80 kg (180 lb)[6], manakala rodensia terbesar yang dikenali, iaitu Josephoartigasia monesi yang pupus, dianggarkan beratnya sekitar 1,000 kg (2,200 lb), ataupun tidak lebih 1,534 kg (3,382 lb)[7] atau 2,586 kg (5,701 lb)[8].

Rodensia mempunyai dua gigi acip di rahang atas dan bawah. Gigi acip ini tumbuh tanpa henti, oleh itu hendaklah dirapikan dengan menggerogot; maka inilah asal-usul istilah rodensia dari bahasa Latin iaitu rodere (menggerogot)[9]. Gigi ini digunakan untuk memotong kayu, menggigit kulit buah-buahan, atau sebagai pertahanan. Giginya mempunyai enamel di luarannya dan dentin yang terdedah di dalamnya, jadi rodensia mengasah gigi sendiri ketika menggerogot. Rodensia tiada gigi taring, tetapi ada ruang di antara gigi acip dan geraham kecil. Hampir kesemua rodensia memakan tumbuhan, khususnya benih, tetapi ada sebilangan kecil jenisnya yang makan serangga atau ikan.

Sistem gigi rodensia yang biasa

Rodensia adalah penting dalam sebilangan besar ekosistem di dunia, kerana ia membiak begitu kerap, serta berperanan sebagai punca makanan untuk pemangsa, mekanisme sebaran benih, dan juga vektor penyakit. Manusia menggunakan rodensia sebagai sumber bulu, sebagai haiwan belaan, sebagai bahan uji, sebagai sumber makanan, ataupun untuk mengesan periuk api.[10]

Order haiwan bukan rodensia seperti Chiroptera (kelawar), Scandentia (tupai tanah), Soricomorpha (tikus kasturi dan mole), Lagomorpha (arnab dan pika) dan mustelida (wesel dan mink) yang disalah anggap sebagai rodensia.

Rujukan

WikiPedia: Rodensia http://www.theage.com.au/articles/2004/05/18/10847... http://www.answers.com/topic/capybaras-hydrochaeri... http://www.encyclopedia.com/doc/1E1-rodent.html http://flickr.com/photos/peromhc/sets/721576049766... http://www.informahealthcare.com/doi/pdf/10.1080/1... http://www.kidport.com/RefLib/Science/Animals/Rode... http://www3.interscience.wiley.com/journal/1216860... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1802082 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2596365