Evolusi Rodensia

Fosil Masillamys sp. dari tapak fosil Messel Pit

Rekod fosil mamalia seakan rodensia bermula sebaik sahaja selepas kepupusan dinosaur yang bukan avian sekitar 65 juta tahun lalu, seawal-awal epok Paleosen. Namun demikian, ada data jam molekul tertentu yang membayangkan bahawa rodensia moden (ahli-ahli order Rodentia) sudah wujud pada akhir Usia Kapur, sungguhpun anggaran pencapahan molekul yang lain adalah sejajar dengan rekod fosil.[11][12] Pada akhir epok Eosen, saudara-mara kepada beaver, dormouse, tupai, dan kelompok-kelompok lain muncul dalam rekod fosil. Mereka berasal di Laurasia, iaitu superbenua yang sudah berpecah menjadi Amerika Utara, Eropah, dan Asia. Sesetengah spesies mendirikan koloni di Afrika untuk mewariskan makhluk histrikognat yang terawal. Dari Afrika, hystricognat ini merakit ke Amerika Selatan, sebuah benua yang terpisah pada epok Oligosen dan Miosen. Menjelang epok Miosen, Afrika bertembung dengan Asia, supaya rodensia seperti landak boleh merebak ke dalam Eurasia. Ketika Pliosen, fosil rodensia menjelma di Australia. Walaupun marsupial merupakan mamalia utama di Australia, namun rodensia kini membentuk sekitar 25% spesies mamalia di benua itu. Sementara itu, benua-benua Amerika menjadi tersambung supaya sesetengah rodensia boleh bersebar ke wilayah baru; sigmodontina melanda ke arah selatan manakala kaviomorfa menghala ke utara.

Contoh Rodensia PrasejarahCastoroides, beaver gergasiCeratogaulus, rodensia penggali bertandukSpelaeomys, tikus gergasi di pulau FloresHutia gergasi, sekelompok rodensia yang pernah hidup di Hindia BaratIschyromys, rodensia primitif seakan tupaiLeithia, dormouse gergasiNeochoerus pinckneyi, capybara besar dari Amerika Utara yang beratnya 100 kg (220 lb)Josephoartigasia monesi, rodensia terbesar setakat ini, yang beratnya sekitar 1,000 kg (2,200 lb)Phoberomys pattersoni, rodensia kedua terbesar setakat ini, yang beratnya sekitar 700 kg (1,500 lb)Telicomys, rodensia gergasi dari Amerika Selatan

Rujukan

WikiPedia: Rodensia http://www.theage.com.au/articles/2004/05/18/10847... http://www.answers.com/topic/capybaras-hydrochaeri... http://www.encyclopedia.com/doc/1E1-rodent.html http://flickr.com/photos/peromhc/sets/721576049766... http://www.informahealthcare.com/doi/pdf/10.1080/1... http://www.kidport.com/RefLib/Science/Animals/Rode... http://www3.interscience.wiley.com/journal/1216860... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1802082 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2596365