Masakan Santan

Sebagai makanan

Adunan santan dan tepung beras sedang dituang dalam kuali untuk menghasilkan serabi di Lombok, Indonesia.

Santan segar memiliki kepekatan dan rasa manis serdahana sama seperti susu lembu, dan sekiranya disediakan dengan betul, tiada bau atau hanya sedikit bau kelapa. Ia boleh dimakan begitu sahaja, atau digunakan sebagai pengganti susu dalam tea, kopi atau memasak bagi vegan atau orang yang alahan pada susu haiwan. Ia juga boleh dicampur dengan buah bagi menghasilkan pengganti yoghurt.

Santan kelapa merupakan bahan biasa dalam kebanyakan masakan tropika, seperti masakan Burma, Kemboja, Filipina, India, Indonesia, Malaysia, Singapore, Sri Langka, Thailand, Vietnam, Peranakan, dan Selatan China dan juga Brazil, Karabian, Polenesian, dan kepulauan Pasifik.

Santan merupakan bahan penting bagi masakan kari. Susu santan beku cenderung tahan lebih lama, yang penting bagi masakan di mana rasa kelapa tidak bersaing dengan kari dan hisangan pedas yang lain. Santan merupakan asas kebanyakan kari Indonesia, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Bagi menghasilkan kari, santan mula-mula dimasak dengan api kuat bagi mengurai sisu dan krim dan membenarkan minyak berpisah. Pes kari ditambah bersama perasa lain, daging, sayuran atau hiasan.

Nasi bersantan merupakan contoh nasi yang dimasak dengan menggunakan santan biasa terdapat sekitar kawasan tropik, dari Asia Tenggara hingga ke Karibean. Nasi lemak merupakan versi Malaysia nasi bersantan, sementara versi Jawa Indonesi dikenali sebagai nasi liwet. Di Indonesia, santan dan tepung beras merupakan adunan utama bagi lempeng tradisi serabi.

Di Brazil, santan kebanyakannya digunakan dalam masakan timur laut, biasanya dengan gulai hasil laut, dan sebagai pembasuh mulut. Terutamanya, beberapa hidangan dari Bahia diketahui menggunakan kedua-dua santan dan minyak sawit.

Di Colombia dan Panamá kelapa parut, dicampur dengan santan, digoreng dengan air kelapa dan gula dalam minyaknya sendiri. Pati yang terhasil dikenali sebagai titoté, yang turuk mengandungi sedikit minyak kelapa kering keperangan. Nasi kelapa yang dimasak dengan titoté bewarna keperangan dan memiliki rasa yang manis tersendiri.[2][3]

Dalam minuman

Cendol, minuman berjeli hijau dalam santan berais dan gula kabung.

Di Asia Tenggara terdapat minuman berais yang popular yang dikenali sebagai cendol, di mana santan sejuk akan dicampurkan dengan jeli hijau yang dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan dimaniskan dengan gula kabung yang pekat. Santan sering kali digunakan dalam minuman panas tradisi seperti bandrek dan bajigur dari Jawa Barat, Indonesia.

Di China Selatan dan Taiwan, santan "cair" manis dihidangkan sebagai minuman tersendiri semasa musim bunga dan musim panas. Ia dihasilkan dengan mencampurkan gula dan susu tepung atau susu segar semasa penyediaan santan. Satu lagi hidangan minuman cina adalah santan diairkan dengan air, kemudian dicampurkan dengan susu segar atau tepung pada nisbah 1:1 dan satu sudu susu pekat atau gula bagi setiap cawan. Ia dihidangkan sejuk.

Di Brazil, santan dicampurkan dengan gula dan cachaça bagi menghasilkan koktair yang dikenali sebagai [batida de côco] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)."Piña colada" biasanya memiliki santan atau krim kelapa. Eggnog yang dikenali sebagai [coquito con ron] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) boleh dihasilkan dengan menggunakan santan (samaada segar atau ditinkan).[4]:183

Di Pulau Rennell, kepulauan Solomon, penapaian buatan sendiri dihasilkan dengan menapai santan dan gula dalam tong dan ditinggalkan dalam semak selama seminggu. Arak kelapa ini disebut dalam lagu "Poppa Joe" oleh kumpulan The Sweet.

Malaysia

Berkaitan