Sirius
Sirius

Sirius

Sirius ialah bintang tercerah di langit malam. Dengan magnitud ketara penglihatan sebanyak −1.46, bintang ini hampir dua kali ganda secerah Canopus, bintang tercerah seterusnya. Nama "Sirius" diterbitkan daripada daripada bahasa Yunani purba: Σείριος Seirios ("berbara" atau "terik"). Bintang ini mempunyai designasi Bayer Alpha Canis Majoris (α CMa). Yang diamati oleh mata kasar sebagai sebuah bintang tunggal sebenarnya merupakan sistem bintang dedua, terdiri daripada bintang jujukan utama jenis spektrum A1V, beristilahkan Sirius A, dan teman kerdil putih kelam jenis spektrum DA2, dipanggil Sirius B. Jarak yang memisahkan Sirius A daripada temannya berubah-ubah pada antara 8.2 dan 31.5 AU.[16]Sirius kelihatan cerah kerana kedua-dua kekilauan intrinsiknya dan kehampirannya dengan Bumi. Pada jarak 2.6 parsek (8.6 ly), seperti ditentukan oleh satelit astrometri Hipparcos,[4][17][18] sistem Sirius ialah salah satu jiran dekat Bumi. Untuk pencerap di hemisfera Utara pada antara 30 darjah dan 73 darjah garis lintang (termasuk hampir keseluruhan Eropah dan Amerika Utara), bintang ini merupakan bintang terhampir (selepas Matahari) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sirius secara beransur bergerak semakin hampir dengan Sistem Suria, maka kecerahannya akan meningkat dengan sedikit selama 60,000 tahun seterusnya. Selepas waktu itu jaraknya akan mula merosot, tetapi akan Sirius akan terus menjadi bintang tercerah di langit Bumi selama 210,000 tahun seterusnya.[19]Sirius A adalah dua kali ganda sebesar Matahari dan mempunyai magnitud penglihatan mutlak sebanyak 1.42. Sirius A adalah 25 kali lebih berkilau daripada Matahari[6] tetapi mempunyai kekilauan lebih rendah sedikit daripada bintang lain seperti Canopus atau Rigel. Sistem ini berumur antara 200 dengan 300 juta tahun.[6] Sirius pada asalnya terdiri daripada dua buah bintang kebiruan cerah. Yang lebih besar, Sirius B, menggunakan sumbernya dan menjadi raksasa merah sebelum meluruhkan lapisan luarnya dan runtuh menjadi keadaan semasanya sebagai kerdil putih pada kira-kira 120 juta tahun lalu.[6]Sirius juga dikenali secara basahan sebagai "Bintang Anjing", mencerminkan prominensnya dalam burujnya, Canis Major (Anjing Besar).[10] Terbitan helios Sirius menandakan pembanjiran Sungai Nil di Mesir Purba dan "hari anjing" musim panas untuk orang Yunani Purba, sementara untuk orang Polinesia ini menandakan musim sejuk dan merupakan bintang penting untuk pandu arah di sekitar Lautan Pasifik.