Tensou_Sentai_Goseiger
Tensou_Sentai_Goseiger

Tensou_Sentai_Goseiger

Tensou Sentai Goseiger (天装戦隊ゴセイジャー, Tensō Sentai Goseijā, [α]) adalah tajuk bagi siri ke-34 dalam siri televisyen Super Sentai dihasilkan oleh Toei Company Jepun. Ia mula disiarkan seminggu selepas episod terakhir Samurai Sentai Shinkenger pada 14 Februari 2010, dan dipaparkan dalam Super Hero Time bersama dengan edisi 2010 siri Masked Rider, Kamen Rider Double. Sebaik sahaja siri Double tamat, ia disiarkan bersama-sama siri Kamen Rider OOO sehinggalah Goseiger tamat pada 6 Februari 2011.Di Malaysia,Goseiger ini juga pernah ditayangkan di RTM TV2 pada setiap hari Sabtu,dan dialih suara dalam versi Bahasa MelayuPendatang baru Yudai Chiba melakonkan watak utama Alata. Pelakon drama Kyosuke Hamao dan Kento Ono, yang membuat penampilan sulungnya sebagai Eiji Kikumaru dan Renji Yanagi masing-masing dalam siri Tenimyu di 2000-an, menyertai barisan pelakon sebagai Agri dan Hyde masing-masing. Rika Sato, yang membuat penampilan sulung dalam acara permainan Quiz! Hexagon II, melakonkan watak pahlawan wanita Eri. Mikiho Niwa, yang merupakan ahli saat ini di kumpulan muzik Canary Club dari Nice Girl Project!, dan melakonkan watak pahlawan wanita kedua Moune. Dan seiyu veteran Katsuyuki Konishi menyuarakan sebagai Gosei Knight.

Tensou_Sentai_Goseiger