Tentera_Darat_Ketujuh_Amerika_Syarikat
Tentera_Darat_Ketujuh_Amerika_Syarikat

Tentera_Darat_Ketujuh_Amerika_Syarikat

Tentera Darat Ketujuh adalah sebuah tentera darat medan AS yang diwujudkan semasa Perang Dunia II yang berubah menjadi Tentera Darat Eropah Amerika Syarikat (USAREUR) sewaktu era 1950an dan 1960an. Ia berkhidmat di Afrika Utara dan Itali dalam Kancah Operasi Mediterranean dan Perancis serta Jerman dalam Kancah Eropah antara tahun 1942 dan 1945. Pada awalnya Kor I Armor dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral George S. Patton, ia mendarat di Maghribi semasa Operasi Torch sebagai Pasukan Petugas Barat, pasukan pertama A.S. yang memasuki perang Eropah. Berikutan kejayaan mengalahkan Wehrmacht dibawah Fil Marsyal Erwin Rommel di Afrika Utara, Kor I Armor telah dibentuk semula menjadi Tentera Darat Ketujuh pada 10 Julai 1943 sewaktu dalam perjalanan laut untuk menceroboh Sicily selaku pasukan pemimpin Operasi Husky. Selepas penaklukan Palermo dan Messina Tentera Darat Ketujuh mempersiapkan pencerobohan Perancis melalui pantai Mediterraneannya sebagai elemen utama Operasi Dragoon pada Ogos 1944. Ia kemudian mengusir tentera Jerman yang berundur ke utara dan kemudian ke barat arah Alsace, diserap kedalam Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat yang baru diwujudkan pada pertengahan September. Pada Januari 1945 ia menangkis penyerangan balas musuh semasa Operasi Nordwind Jerman, kemudian melengkapkan penguasaannya ke atas wilayah itu menjelang pertengahan bulan Mac. Memegang peranan utama dalam Operasi Undertone pada 15 Mac, Tentera Darat Ketujuh berjuang melepasi Sungai Rhine masuk ke Jerman, menawan Nuremberg dan kemudian Munich. Elemen-elemennya mencecah Austria dan melintasi Genting Brenner masuk ke Itali pada 4 Mei, diikuti oleh pengakhiran perang pada VE-Day, 8 Mei 1945.[4]