The_Pokémon_Company

The Pokémon Company (株式会社ポケモン, Kabushiki gaisha Pokémon, bahasa Melayu: Syarikat Pokémon) ialah syarikat Jepun yang bertanggungjawab untuk pengurusan jenama, pengeluaran, pemasaran dan pelesenan francais Pokémon, yang terdiri daripada perisian permainan video, permainan kad dagangan, siri televisyen anime, filem, manga, produk hiburan rumah, barangan dan usaha lain. Ia ditubuhkan melalui pelaburan bersama oleh tiga perniagaan yang memegang hak cipta di Pokémon: Nintendo, Game Freak, dan Creatures.[1] Ia mula beroperasi pada 1998 dan menggunapakai nama Pokémon Ltd. pada Oktober 2000.[3] Syarikat ini beribu pejabat di Roppongi Hills Mori Tower di Roppongi, Minato, Tokyo.[4]Syarikat ini mempunyai bahagian berasingan yang mengendalikan operasi di kawasan yang berlainan di dunia, dengan Pokémon Company International menyokong wilayah di luar Asia. Di Korea Selatan, operasi ini dikendalikan oleh Pokémon Korea, Inc.[4] Di Wilayah Asia lain seperti Thailand dan Vietnam, operasinya dikendalikan oleh Pokémon Asia.

Berkaitan