Penerangan Turnip

Turnip (bunga)Turnip Tokyo.

Jenis turnip yang paling biasa adalah kebanyakannya berkulit putih selain daripada atas 1–6 cm, yang menonjol di atas tanah dan berwarna ungu atau merah, atau kehijauan di mana sahaja bahagian yang terkena cahaya matahari. Bahagian atas tanah berkembang dari tisu batang, tetapi bergabung dengan akar. Isi dalaman putih sepenuhnya. Keseluruhan akar adalah lebih kurang bulat, kira-kira diameter 5–20 cm,dan tidak mempunyai akar sisi. Akar tunjang (akar biasa di bawah akar penyimpanan yang bengkak) lebih nipis dan mempunyai kepanjangan 10 cm atau lebih; ia dipotong dahulu sebelum dipasarkan. Daun tumbuh terus atas tanah, dengan sedikit atau tiada mahkota atau leher yang boleh dilihat (seperti yang terdapat dalam rutabaga).

Pucuk turnip kadang-kadang dimakan sebagai "turnip hijau", and they resemble sawi (yang berhubungan rapat) dalam rasanya. Pucuk turnip adalah ulam biasa dalam masakan tenggara Amerika Syarikat, terutamanya ketika akhir musim luruh dan musim sejuk. Daun kecil diutamakan; bagaimanapun, sebarang rasa pahit daun yang lebih besar boleh dikurangkan dengan membuang air rebusan yang awal dan menggantikannya dengan air tawar. Jenis khusus ditanam kerana daun mereka yang lebih menyerupai sawi berbanding yang ditanam kerana akar mereka, dengan akar storan yang kecil atau kadang kala tiada. Ini termasuk rapini (rabe brokoli), bok choy, dan kubis Cina. Kedua-dua daun dan akar turnip mempunyai rasa menusuk sama dengan mentah kubis atau lobak putih yang menjadi ringan selepas dimasak.

Akar turnip mencapai berat sehingga kira-kira 1 kg, walaupun mereka biasanya dituai apabila lebih kecil. Saiz sebahagiannya dipengaruhi oleh jenis dan sebahagian lagi tempoh turnip menumbuh. Kebanyakan turnip yang sangat kecil (juga dikenali sebagai bayi turnip) adalah jenis khusus. Ini hanya tersedia apabila baru dituai dan tidak mudah disimpan dengan baik. Kebanyakan bayi turnip boleh dimakan keseluruhan termausk daun mereka. Bayi turnip ada dijual dengan isi kuning, oren, dan merah, serta putih. Rasanya adalah ringan, jadi ia boleh dimakan mentah dalam salad seperti lobak putih dan sayur-sayuran lain.