Universiti_UCSI
Universiti_UCSI

Universiti_UCSI

Universiti UCSI ialah sebuah universiti yang terletak di Taman Connaught, Cheras, lebih kurang 10 kilometer di selatan Kuala Lumpur, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1986, UCSI telah diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah universiti pada 13 September 2003.UCSI adalah antara beberapa universiti swasta di Malaysia yang menawarkan satu lingkungan jurusan yang luas, termasuk Kejuruteraan, Teknologi maklumat dan Perniagaan, Sains gunaan, Farmasi dan Perubatan, Sains sosial, dan Muzik.Pada hari ini, UCSI menawarkan ijazah universiti sendiri dan selepas penghabisan kursus mereka, pelajar-pelajar boleh berpindah ke universiti antarabangsa untuk kursus lepas ijazah. UCSI juga menawarkan program-program kembar yang membenarkan pelajar-pelajar berpindah ke universiti-universiti di luar negeri untuk menghabiskan ijazah mereka. Ijazah-ijazah UCSI disederhanakan oleh Universiti London Timur yang bertindak sebagai pemeriksa luaran. Pelajar-pelajar UCSI terdiri daripada pelajar-pelajar tempatan serta pelajar-pelajar asing dari China, Indonesia, Singapura, Taiwan, Vietnam, Thailand, India, Pakistan, Kenya, Congo, Iran, Iraq, Yemen, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mauritius dan Uzbekistan.

Universiti_UCSI

Ditubuhkan pada 1986
Canselor Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman
Grp President & VC = Peter T. S. Ng
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Kampus UCSI Heights, Cheras
Laman web www.ucsi.edu.my
Moto The University, The Experience
Jenis Universiti