Kerjaya Wan_Sharmila

Mewarisi bakat lakonan daripada ibu saudaranya, pelakon veteran terkenal Wan Maimunah,[7] Wan Sharmila, lebih mesra dengan panggilan Lala memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak pembantu dalam drama komedi Emil Emilda pada 2007, di mana beliau turut berkhidmat sebagai pembantu akauntan. Beliau juga berlakon bersama Sari Yanti dalam sitkom Kisah Kaisara arahan Aziz M. Osman. Pada tahun 2008, beliau menjayakan watak sebagai Tasya dalam Sindarela. Beliau menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah menerusi drama muzikal Tari Tirana yang bersiaran di Slot Lestary TV3.[8][9]

Pada tahun 2010, Sharmila berlakon dalam tiga telefilem—Ngompol, Teh O Ais Limau dan Santau Keramat. Penampilan pertama beliau di layar lebar ialah pada 2011 menerusi filem Raya Tak Jadi arahan Abdul Razak Mohaideen. Beliau memegang watak sebagai Syamim dalam drama Kashaf Imani di Astro Ria.[10]

Beliau berlakon bersama Nabila Huda dan Fizz Fairuz dalam filem seram thriler, Bisikan Syaitan arahan Faizul A. Rashid, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Kamalia, filem mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Soraya dan Kamil yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.[11] Pada 2013, Sharmila berlakon dalam drama Debunga Lalang bersama pelakon yang terlibat termasuk Noorkhiriah dan Zul Ariffin.[12][13]

Pada tahun 2014, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Jericho Rosales dalam drama Kusinero Cinta yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Filipina.[14] Beliau kemudian berlakon dalam drama Ariana Rose lakonan Fathia Latiff dan Keith Foo, adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Sharmila menjayakan watak Linda, adik angkat Ariana Rose.[15][16]

Sharmila memegang watak sebagai Betty dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, lakonan Aedy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[17][18]

Rujukan

WikiPedia: Wan_Sharmila http://www.azhan.co/biodata-wan-sharmila-aktres-se... http://buzzera.blogspot.com/2011/12/biodata-profil... http://www.imdb.com/name/nm4702687/ http://mediahiburan.karangkraf.com/mesti-hibur/kon... http://my-entertaiment9.blogspot.my/2010/04/wan-sh... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/wan-sharmila-seles... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/...