Sejarah Wangsa_Chola

Sejarah Chola dapat dibahagikan kepada empat tempoh:

  1. Wangsa Chola Awal dalam kesusasteraan Sangam;
  2. masa selang perintahan antara keruntuhan Wangsa Sangam hingga kebangkitan Wangsa Chola zaman pertengahan di bawah Vijayalaya (k.k. 848);
  3. Wangsa Vijayalaya;
  4. Wangsa Chola Akhir di bawah Kulothunga Chola I sejak bahagian tiga suku terakhir abad ke-11. ]].[11]

Wangsa Chola Awal

Rencana utama: Wangsa Chola Awal

Raja-raja Wang Chola terawal yang kewujudan mereka dapat dibuktikan dengan ketara disebut dalam Kesusasteraan Sangam. Secara am, para sarjana kini bersetuju bahawa kepustakawan itu ditulis pada beberapa abad pertama Masihi. [3]Kronologi dalaman kepustawan itu masih tidak dapat dipastikan dan pada waktu ini, suatu pemerian yang selanjar tentang sejarah zaman itu masih tidak boleh diberikan. Kesusasteraan Sangam penuh dengan nama raja-raja dan putera-putera, serta juga para pemuisi yang memuji-muji mereka. Walaupun terdapat kesusasteraan yang kaya yang menggambarkan kehidupan dan usaha tokoh-tokoh itu, namun sejarah yang berterusan masih tidak dapat dihasilkan.

Kesusasteraan Sangam juga penuh dengan legenda tentang raja-raja Chola mitos. Raja-raja itu diperlihatkan sebagai berketurunan daripada matahari.[12] Mitos itu menceritakan raja Chola bernama Kantaman yang dikatakan hidup sezaman dengan pendeta Agastya. Kewarakan Kantaman kepada matahari telah menghasilkan sungai Kaveri.[13] Dua nama menonjol dalam kalangan raja Chola yang dikenali daripada kesusasteraan Sangam: Karikala Chola dan Kocengannan. Tidak terdapat cara yang pasti untuk menetapkan susunan pewarisan, atau hubungan raja-raja antara satu sama lain, ataupun antara putera-putera lain yang sezaman.[14] Urayur yang terletak berhampiran Thiruchirapalli merupakan ibu kota mereka yang tertua.

Masa selang perintahan

Tidak banyak yang diketahui berkenaan tempoh peralihan sekitar tiga abad sejak akhir era Sangam (c. 300 CE) sehingga di mana Pandyas dan Pallavas menguasai negeri Tamil. Dinasti yang tdiak diketahui, Kalabhras, menjajah negeri Tamil, menggantika kerajaan sedia ada, dan memerintah sekitar tiga abad. Mereka digantikan oleh Pallavas dan Pandyas pada abad ke-6 CE. Tidak banyak diketahui mengenai nasib Cholas semasa tiga abad berikut sehingga kebangkitan Vijayalaya pada suku kedua abad ke-sembilan.

Epigraf dan kesasteraan memberikan beberapa pandangan ringkas mengenai perubahan yang berlaku pada keturunan raja silam semasa jurang yang panjang ini. Apa yang pasti adalah apabila kuasa Cholas jatuh pada tahap terendah dan kuasa Pandyas dan Pallavas bangkit di utara dan selatan mereka,[15] dinasti ini terpaksa mencari perlindungan dan lindungan dari pesaing mereka yang lebih berjaya.[16] Pallavas dan Pandyas kelihatannya membiarkan Cholas bersenderian bagi kebanyakan masa; bagaimanapun, kemungkinannya disebabkan reputasi mereka, mereka menerima puteri Chola untuk dikahwinkan dan menerima putri Chola yang sanggup berkhidmat dengan mereka.[17] Peziarah China Xuanzang, yang menghabiskan masa selama beberapa bulan di Kanchipuram antara 639 – 640 CE menulis mengenai 'kerajaan Culi-ya'.[18] Banyak ukiran mengenai Pallavas, Pandyas dan Chalukya pada tempoh ini menyebut menawan 'negeri Chola'.[19] Disebalik kehilangan pengaruh dan kuasa, ia tidak mungkin bagi Cholas untuk kehilangan pegangan jajahan sepenuhnya di sekitar Urayur, ibukota lama mereka. Vijayalaya apabila dia bangkit menjadi masyhur dipuja dari kawasan geografi ini.

Sekitar kurun ke tujuh CE, satu kerajaan Chola berkembang di masa kini Andhra Pradesh. Telugu Cholas ini menjejak keturunan mereka pada Sangam Cholas awal.[20] Bagaimanapun, tiada apa yang pasti diketahui mengenai hubungan mereka dengan Cholas awal. Adalah mungkin bahawa satu cabang Tamil Cholas berhijrah ke utara semasa tempoh Pallavas bagi mendirikan kerajaan mereka sendiri, jauh dari pengaruh kuat Pandyas dan Pallavas.

Wangsa Chola Zaman Pertengahan

Sungguhpun hanya terdapat sedikit maklumat yang menyakinkan mengenai Cholas semasa tempoh antara Cholas awal dan Dinasti Vijayalaya, terdapat banyak bahan dari pelbagai sumber berkenaan Vijayalaya dan Dinasti Chalukya Chola. Sejumlah besar inskripsi batu oleh Dinasti Cholas sendiri dan oleh raja pesaing mereka, Pandyas dan Chalukyas, dan anugerah kepingan tembaga, adalah penting bagi membina semula sejarah Cholas pada tempoh tersebut.[21]

Sekitar 850 CE, Vijayalaya bangkit dari kekaburan dengan mengambil peluang yang timbul dari konflik antara Pandyas dan Pallavas,[22] menawan Thanjavur dan akhirnya menubuhkan keturunan maharaja bagi Cholas medieval.[23]

Wilayah Chola semasa Rajendra Chola I c. 1130 CE.

Dinasti Chola merupakan pada kemuncak pengaruh dan kuasanya semasa zaman pertengahan ("medieval"). Raja agung seperti Rajaraja Chola I dan Rajendra Chola I menduduki takhta, dan melalui kepimpinan dan cita-cita mereka membawa kerajaan Chola melampaui had tradisi kerajaan Tamil. pada kemuncaknya, Empayar Chola terbentang dari pulau Sri Lanka di selatan sehingga lembah Godavari di utara. Kerajaan disepanjang persisiran timur India sehingga ke sungai Ganges mengakui pemerintahan Chola. Tentera laut Chola menjajah dan menakluk Srivijaya di kepulauan Melayu.[24]

Sepanjang tempoh ini, kerajaan Cholas sentiasa diganggu oleh Sinhala yang tegar, yang cuba menjatuhkan pendudukan Chola ke atas Lanka, putera Pandya yang berjuang bagi mendapatkan kebebasan bagi jajahan tradisi mereka, dan oleh peningkatan cita-cita Chalukyas di barat Deccan. Tempoh ini melihat perperangan berlarutan antara Cholas dan pesaing mereka. Keseimbangan kuasa wujud antara Chalukyas dan Cholas, dan terdapat penerimaan bersama sungai Tungabhadra sebagai sempadan antara kedua empayar. bagaimanapun, asas pertelingkahan antara kedua kuasa adalah peningkatan pengarus Chola dalam kerajaan Vengi.

Chalukya Chola

Rencana utama: Chalukya Chola

Perikatan perkahwinan dan politik diantara raja-raja Chalukya Timur berasas sekitar Vengi yang terletak di tebing selatan Sungai Godavari bermula semasa pemerintahan Rajaraja berikutan dengan penjajahannya keatas Vengi. Anak perempuan Rajaraja Chola mengahwini putera Vimaladitya. Anak perempuan Rajendra Chola yang lain turut berkahwin dengan putera Chalukya Timur, Rajaraja Narendra.

Anak lelaki Virarajendra Chola, Athirajendra Chola telah dibunuh dalam rusuhan umum pada 1070 CE dan Kulothunga Chola I menaiki takhta Chola dengan itu memulakan dinasti Chalukya Cholas. Kulothunga merupakan anak lelaki raja Vengi - Rajaraja Narendra.

Wilayah Chola semasa Kulothunga Chola I c. 1120 CE

Dinasti Chalukya Chola mempunyai pemerintah yang berkebolehan iaitu Kulothunga Chola I dan Vikrama Chola; bagaimanapun, kejatuhan kuasa Chola sebenarnya bermula semenjak tempoh masa ini. Cholas kehilangan penguasaan pada pulau Lanka dan dihalau keluar oleh kebangkitan kuasa Sinhala. Sekitar 1118 CE mereka hilang penguasaan pada Vengi kepada raja Vikramaditya VI dari Chalukyas Barat dan Gangavadi (daerah selatan Mysore) kepada kuasa Hoysala Vishnuvardhana yang sedang meningkat, Chalukya feudatory. Dalam daerah Pandya, ketiadaan pengawalan pentadbiran pusat mendorong kepada beberapa tuntutan kepada takhta Pandya mengakibatkan perang saudara di mana Sinhalas dan Cholas terbabit secara proksi. Semasa abad terakhir pemerintahan Cholas, tentera Hoysala ditempatkan secara kekal di Kanchipuram bagi melindungi mereka daripada pengaruh Pandyas yang semakin kuat.

Cholas, di bawah Rajendra Chola III, mengalami pergolakan yang berterusan. Pada penghujung abad ke-12 CE, pengaruh Hoysalas yang semakin meningkat menggantikan Chalukyas yang semakin merosot sebagai kuasa utama di utara. Kerajaan takluk tempatan turut menjadi semakin yakin bagi mencabar kuasa pusat Chola. Salah satu negeri takluk, ketua Kadava, Kopperunchinga I, malah memegang raja Chola sebagai tahanan untuk satu tempoh masa. Dinasti Cholas terdedah pada serangan dari dalam dan luar. Pandyas di selatan telah bangkit sebagai kuasa besar. Hoysalas di barat mengancam kewujudan empayar Chola. Rajendra cuba terus hidup dengan menyelasar dengan kedua kuasa secara berturut-turut. pada pengakhiran pemerintahan Rajendra, Empayar Pandyan berada dikemuncak kekayaannya dan telah mengambil alih kedudukan empayar Chola di mata pemerhati asing. Tarih terakhir rekod Rajendra III adalah 1279 C.E. Tidak terdapat sebarang bukti bahawa Rajendra segera diikuti oleh putera Chola yang lain. Empayar Chola ditenglami sepenuhnya oleh empayar Pandyan, sungguhpun banyak ketua kecil terus menuntut gelaran "Chola" jauh sehingga kurun ke lima belas C.E.