Wangsa Chola atau
Dinasti Chola (
Bahasa Tamil: சோழர் குலம், IPA:
['ʧoːɻə]) ialah sebuah
dinasti Tamil Dravidia yang memerintah wilayah di
India Selatan sehingga
abad ke-13 Masihi. Dinasti tersebut berasal dari lembah subur
Sungai Kaveri.
Karikala Chola merupakan salah satu raja yang termashyur dari
zaman awal Chola, sementara
Aditya I,
Parantaka I,
Rajaraja Chola I,
Rajendra Chola I,
Rajadhiraja Chola,
Rajendra Chola II,
Virarajendra Chola,
Kulothunga Chola I,
Vikrama Chola dan
Kulothunga Chola III pula merupakan antara maharaja-maharaja yang terkenal semasa
zaman pertengahan Chola.Kerajaan Chola mencapai kemuncak
kuasa mereka pada
abad ke-10,
ke-11, dan
ke-12. Raja-raja Chola menawan semenanjung
India Selatan, mengilhakkan sebahagian
Sri Lanka, dan menduduki kepulauan
Maldives. Dengan itu, wilayah Chola merentang dari tebing
Sungai Godavari di
Andhra Pradesh di utara sehingga kepulauan
Maldives di selatan. Di bawah
Rajaraja Chola I dan puteranya,
Rajendra Chola, wangsa itu menjadi sebuah kuasa ketenteraan, ekonomi, dan kebudayaan yang hebat di
Asia Utara. Rajendra Chola menghantar sebuah ekspedisi yang berjaya ke
India Utara sehingga
Sungai Ganges lalu menewaskan raja
Empayar Pala dari
Pataliputra di
Mahipala. Baginda juga menyerang dan menaklukkan kerajaan-kerajaan di
Nusantara Melayu. Bagaimanapun, kuasa Wangsa Chola kemudian merosot pada kira-kira
abad ke-14 dengan kebangkitan
Dinasti Pandya dan
Empayar Hoysala. Wangsa Chola telah meninggalkan suatu pusaka yang abadi. Naungan mereka terhadap
kesusasteraan Tamil dan semangat mereka terhadap pembinaan kuil telah menghasilkan karya-karya yang hebat dalam kesusasteraan dan seni bina Tamil. Raja-raja Chola merupakan pembina yang gemar akan kuil dan melihatkan kuil-kuil di dalam kerajaan mereka bukan hanya sebagai tempat beribadah malah juga sebagi pusat kegiatan ekonomi. Mereka juga mempelopori sebuah sistem kerajaan terpusat serta mengasaskan sebuah birokrasi yang teratur.