Gelaran Yang_di-Pertuan_Agong

Gelar panggilan penuh baginda dalam bahasa Melayu adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bermaksud "Di bawah debu Yang Mahakuasa" merujuk kepada bagaimana kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah debu berbanding dengan kuasa Allah dan pemerintah selalu tunduk kepada Tuhan.

Seri Paduka Baginda membawa gabungan perkataan "Seri", "Paduka" yang bermaksud alas kaki atau kasut[8] dan istilah "Baginda" yang merupakan kata ganti nama diri ketiga dalam bahasa Melayu untuk golongan raja dan para Nabi. Peristilahan ini membawa kerendahan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dibandingkan kepada Nabi.

Yang di-Pertuan Agong adalah istilah lama untuk ketua iaitu "Yang di-Pertuan" atau secara harfiah bermaksud "yang bertanggungjawab" atau "yang dinaikkan kedudukannya." "Agong" atau dalam bahasa piawai, Agung, bermaksud tertinggi dan gelaran ini tidak berubah termasuk ejaannya kerana ia termaktub dan tersimpan di dalam Perlembagaan.

Dalam pasport Malaysia sebelum 2010, gelaran "The Supreme Head of Malaysia" telah digunakan dalam nota pasport versi bahasa Inggeris. Sejak penerbitan pasport e-compliant ICAO pada tahun 2010, gelaran itu tidak diterjemahkan dan "Yang di-Pertuan Agong of Malaysia" digunakan.

Rujukan

WikiPedia: Yang_di-Pertuan_Agong http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapan-fa... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-seb... http://www.mtholyoke.edu/~teh20y/classweb/worldpol... http://allmalaysia.info/2012/04/10/powers-of-the-k... http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publ... http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=paduka http://www.istananegara.gov.my/istananegara2/ http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article... http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/sej...