Ketidakbolehan Yang_di-Pertuan_Agong

Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara ini menjelaskan had-had bagi Yang di-Pertuan Agong (dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh menggantikan baginda) apabila bertakhta di peringkat persekutuan:

  1. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
  2. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai saraan. (Turut terpakai bagi Raja Permaisuri Agong)
  3. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial. (Turut terpakai bagi Raja Permaisuri Agong)
  4. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen (gaji) yang dibayar kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri.
  5. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan rasmi ke suatu negara lain.

Fasal 1 juga menetapkan bahawa tiada apa-apa yang boleh menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan kuasanya sebagai Raja Negeri bagi meminda Perlembagaan Negeri itu; atau bagi melantik seorang Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja sebagai ganti mana-mana Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja yang telah mati atau yang tidak berupaya.[18]

Rujukan

WikiPedia: Yang_di-Pertuan_Agong http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapan-fa... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-seb... http://www.mtholyoke.edu/~teh20y/classweb/worldpol... http://allmalaysia.info/2012/04/10/powers-of-the-k... http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publ... http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=paduka http://www.istananegara.gov.my/istananegara2/ http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article... http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/sej...