Yang_di-Pertuan_Agong
Yang_di-Pertuan_Agong

Yang_di-Pertuan_Agong

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada beberapa bentuk monarki di dunia dengan raja yang dipilih. Konsep raja yang dipilih dipercayai berakar daripada kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7, di mana pada masa itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Sriwijaya.Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.[2]Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen.[3] Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya.[4]Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019[5] berikutan Sultan Muhammad V dari Kelantan menuruni takhta pemerintahan pada 6 Januari 2019.[6] Sementara itu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memangku jawatan tersebut sehingga Al-Sultan Abdullah secara rasmi melafaz sumpah jawatan baginda.[7]

Rujukan

WikiPedia: Yang_di-Pertuan_Agong http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapan-fa... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-seb... http://www.mtholyoke.edu/~teh20y/classweb/worldpol... http://allmalaysia.info/2012/04/10/powers-of-the-k... http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publ... http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=paduka http://www.istananegara.gov.my/istananegara2/ http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article... http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/sej...