Yoko Ono
Yoko Ono

Yoko Ono

Yoko Ono (小野 洋子 Ono Yōko?, lahir 18 Februari 1933) adalah seorang ahli muzik, artis serba boleh, aktivis keamanan dan seniwati Jepun yang juga terkenal dengan hasil karyanya dalam seni persembahan, muzik dan pembikinan filem.[1] Beliau adalah janda dan isteri kedua kepada vokalis kumpulan The Beatles, mendiang John Lennon. Sebelum berkahwin dengan Lennon, Ono pernah berkahwin dengan Ichiyanagi Toshi antara tahun 1956-1963, dan Anthony Cox antara tahun 1963-1969. Ono mempunyai 2 anak, Kyoko Chan Cox (dengan Cox) dan Sean Taro Ono Lennon (dengan Lennon).Ono berpindah ke London bersama Cox pada tahun 1966, untuk mempromosikan kerjaya sebagai seniwati. John Lennon, anggota The Beatles, pergi ke persembahan seninya dan menikmati kualiti karyanya yang surealisme. Ono dan Lennon menjadi kawan, lalu saling mencintai, hingga masing-masing melupakan pasangannya. Lennon ingin mereka berdua hidup bersama selamanya. Ia melanggar peraturan The Beatles untuk tidak membawa isteri atau kekasihnya ke sesi rakaman mengenainya. Lennon membawa Ono bersamanya. Mereka berkahwin pada Mac 1969, setelah sama-sama bercerai daripada pasangannya masing-masing.Banyak peminat The Beatles menyalahkan Ono "merosakkan" band itu melalui pengaruhnya pada Lennon, yang nampak "menggila" sejak bertemu Ono. Sumbernya adalah, dengan mudah Ono mendorong Lennon untuk melakukan hal-hal yang telah dikehendaki Lennon, namun membenarkan Lennon bercakap tentang yang dilakukan pada masa lalu - termasuk berhenti dari The Beatles. Ono dan Lennon memulakan kumpulan separuh masa baru bernama Plastic Ono Band.Ono memberi inspirasi kepada muzik dan sisi kreatif Lennon selama tahun-tahun terakhir hidupnya. Mereka berdua bekerja bersama-sama dalam rakaman pasca The Beatles, dan harapan Ono untuk juga berkerjaya muzik. Ono dilatih sebagai ahli muzik klasik, belajar piano dan suara semenjak kanak-kanak. Beliau lebih berminat dalam muzik "avant-garde" daripada muzik klasik atau popular. Lagu dan gaya Ono yang unik terdengar asing di telinga pendengar. Menyakitkan bagi banyak orang, yang memandang Lennon harus tetap dengan The Beatles atau membuat lebih banyak muzik dengan gayanya sendiri. Ono menukar gayanya, dan mula menulis dan merakamkan lebih banyak lagu pop, namun muziknya tak pernah terkenal. Beberapa tahun kemudian, beberapa ahli muzik muda (seperti The B-52 's) mengakui bahawa mereka menyukai muzik Ono. Mereka mendapat inspirasi daripadanya.

Yoko Ono

Laman web http://imaginepeace.com
Pengkarya berkait
Kelahiran (1933-02-18) 18 Februari 1933 (umur 86)
Tokyo, Empayar Jepun
Pekerjaan Artis, seniwati, aktivis keamanan, penyanyi, penulis lagu
Anak Kyoko Cox
Sean Lennon
Tahun aktif 1961–kini
Pasangan Toshi Ichiyanagi (k. 1956–62)
Anthony Cox (k. 1962–69)
John Lennon (k. 1969–80; kematiannya)
Genre
  • Avant-garde
  • muzik downtown
  • seni persembahan
  • eksperimental
  • rock
  • pop
  • new wave
Syarikat rakaman
  • Apple Records
  • Geffen Records
  • Polydor Records
  • Rykodisc
  • Manimal Vinyl
  • Astralwerks
  • Chimera Music
Instrumen Vokal, perkusi, piano

Rujukan

WikiPedia: Yoko Ono http://www.mtv.com.au/one-direction/news/perrie-ed... http://www.alexandramunroe.com/spirit-of-yes-the-a... http://www.alexandramunroe.com/why-war-yoko-by-yok... http://www.alexandramunroe.com/yoko-onos-basho-a-c... http://www.allmusic.com/album/now-thats-what-i-cal... http://www.allmusic.com/album/yoko-ono-plastic-ono... http://www.allmusic.com/album/yokokimthurston-mw00... http://www.allmusic.com/artist/yoko-ono-mn00005217... http://www.allmusic.com/artist/yoko-ono-p19685/cha... http://www.allmusic.com/song/be-my-yoko-ono-mt0006...