Zelda_II:_The_Adventure_of_Link

Zelda II: The Adventure of Link (リンクの冒険, Rinku no Bōken, "Pengembaraan Link") ialah permainan video berperanan aksi dengan unsur-unsur permainan pelantar. Ia merupakan keluaran kedua siri The Legend of Zelda dan dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo untuk Family Computer Disk System pada 14 Januari 1987, kurang dari setahun sejak permainan video The Legend of Zelda asal dikeluarkan dan tujuh bulan sebelum Amerika Syarikat menerima keluaran Zelda yang pertama. Permainan ini kemudiannya dikeluarkan untuk Nintendo Entertainment System di Amerika Utara dan rantau PAL pada 1988, hampir dua tahun selepas keluaran asalnya di Jepun, selepas ia ditukarkan daripada format Sistem Cakera (Disk System) kepada bentuk kartrij NES.The Adventure of Link ialah sekuel terus bagi permainan The Legend of Zelda asal, yang sekali lagi mengikuti Link, watak protagonis, dalam misinya untuk menyelamatkan Puteri Zelda yang telah dijampi tidur. Namun, berlainan daripada pendahulunya, The Adventure of Link menekankan unsur-unsur tatal sisi (side-scrolling) dan RPG. Setakat 2013, permainan ini kekal sebagai satu-satunya sekuel teknikal bagi permainan asal, kerana semua permainan lain dalam siri ini ialah prekuel menurut garis masa Zelda yang rasmi.Pada zamannya, The Adventure of Link sangat berjaya dan laris. Ia memperkenalkan unsur-unsur seperti "meter magik" Link dan watak Link Hitam (Dark Link) yang akan menjadi satu unsur yang biasa dalam permainan-permainan Zelda pada masa akan datang, namun unsur-unsur permainan berperanan seperti mata pengalaman (experience points) dan unsur tatal sisi dan banyak nyawa seperti permainan pelantar tidak digunakan lagi dalam permainan-permainan rasmi. Permainan ini diikuti oleh The Legend of Zelda: A Link to the Past pada tahun 1991 untuk Super NES.

Zelda_II:_The_Adventure_of_Link

Mod Pemain tunggal
Pengarah Tadashi Sugiyama[1]
Yasuhisa Yamamura[2]
Pelantar Famicom Disk System, NES, Nintendo GameCube, Game Boy Advance, Virtual Console (Wii, 3DS, Wii U)
Siri The Legend of Zelda
Penerbit Nintendo
Penulis Takashi Tezuka
Pembangun Nintendo R&D4
Komposer Akito Nakatsuka
Pereka Kazunobu Shimizu
Keluaran
14 Januari 1987
  • Famicom Disk System
      NES
          Nintendo GameCube
                Game Boy Advance
                  Virtual Console
                  Wii
                    Nintendo 3DS
                    Program Kedutaan (Ambassador Program)
                      Versi Penuh
                        Wii U
                        Genre RPG aksi
                        Pengeluar Shigeru Miyamoto