Zizan_Razak
Zizan_Razak

Zizan_Razak

Mohd Razizan Abdul Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق lahir 15 April 1984) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia.[1] Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–17) dan Polis EVO (2015–18). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.

Zizan_Razak

Pekerjaan pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, ahli perniagaan
Tahun aktif 2007–kini
Media Televisyen, filem, muzik
Nama lain Zizan Raja Lawak
Instrumen Rap, vokal
Syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment
Subjek Peristiwa semasa, budaya pop
Kegiatan berkaitan Dina Nadzir, Zain Hamid, Kaka Azraff, Altimet, SonaOne, Melda Ahmad, Hannah Delisha
Hasil kerja dan peranan
Kelahiran Mohd Razizan bin Abdul Razak
(1984-04-15) 15 April 1984 (umur 35)
Dungun, Terengganu, Malaysia
Ahli Jozan
Genre Hip hop
Kediaman Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Zizan_Razak http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/calonnya-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/impak-pol... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.budiey.com/filem-hantu-bonceng-kutip-rm... http://www.budiey.com/senarai-penuh-pemenang-anuge... http://www.budiey.com/zizan-razak-kini-miliki-rest... http://www.gempak.com/artikel/25021/Polis-Evo-3-Ba... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac...