Kerjaya Agnez_Mo

2003–2006: And The Story Goes, siri TV, dan Whaddup A.. '?!

Agnes Monica menerima Anugerah Musik Indonesia pertamanya pada 2004.

Pada 8 Oktober 2003, Agnes melancarkan album dewasa pertamanya, And the Story Goes, di mana beliau bekerja dengan beberapa penulis lagu dan penerbit rakaman Indonesia termasuk Ahmad Dhani, Melly Goeslaw, dan Titi DJ.[12] Album yang mengambil masa setahun untuk disiapkan, termasuk proses uji bakat untuk penari.[13] Menurut syarikat rakamannya, Aquarius Musikindo, album tersebut terjual 35,000 salinan sebelum pelancaran rasminya.[13] Ia kemudiannya mendapat pensijilan platinum selepas terjual lebih daripada 300,000 salinan. [6][14] Empat single dikeluarkan daripada album ini: "Bilang Saja", "Indah", "Jera" dan "Cinta Mati" (bersama Ahmad Dhani). Album tersebut menerima 10 pencalonan di Anugerah Musik Indonesia — anugerah muzik tertinggi di Indonesia. Beliau memenangi tiga anugerah untuk "Artis Solo Pop Wanita Terbaik", "Karya Penerbitan Pop/Tekno Terbaik", dan "Duo/Kumpulan Pop Terbaik" untuk duet beliau bersama Dhani.[15] Beliau juga memenangi "Artis Pendatang Baru Wanita Terbaik" di Anugerah Planet Muzik 2004 di Singapura.[8]

Agnes Monica dan Roger bersama Maurice Novoa Ruiz selepas penggambaran di Melbourne, Australia.

Selain mempromosikan album sulungnya, Agnes juga berlakon dalam beberapa siri TV pada masa itu, memegag peranan dalam tiga lipur lara: Cewekku Jutek, Bunga Perawan, dan Cantik.[16] Beliau memenamgi "Favorite Actress" di Anugerah Panasonic 2003 dan "Famous Actress" di Anugerah SCTV 2004.[17] Episod khas Cewekku Jutek yang dirakamkan di pelbagai lokasi menarik di kawasan tumpuan pelancongan Melbourne, Australia. Pelakon Latin-Australia tempatan Maurice Ruiz menjadi pelakon pembantu untuk Agnes untuk peranannya sebagai pengarah muzik videonya semasa episod.[18] Agnez tertarik dengan penggambaran melawat tempat-tempat seperti lombong emas Sovereign Hill di Ballarat, Keretapi Puffing Billy, keretapi wap vintaj yang bergerak melalui Dandenong Ranges dan juga Great Ocean Road an Australian Heritage meyenaraikan jalan berpantai terkenal yang menampilkan The Twelve Apostles yang disifatkan sebagai salah satu pemandangan yang menarik.

Agnes melancarkan album studio keduanya, Whaddup A.. '?!, pada 10 Disember 2005. Ia menampilkan lima single: "Bukan Milikmu Lagi", "Tanpa Kekasihku", "Tak Ada Logika", "Cinta Di Ujung Jalan", dan "Tak Mungkin". Selain bekerja dengan pemuzik Indonesia, seperti Melly Goeslaw, Andi Rianto, dan Erwin Gutawa, beliau juga bekerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu Amerika, Keith Martin.[6] Martin menulis dua lagu Inggeris untuk album, termasuk duet "I'll Light a Candle".[14] Untuk mempromosikan album, Agnes mengadakan konsert jelajah dikenali sebagai Clasnezenzation di empat bandar Indonesia: Bandar Lampung, Surabaya, Bandung, dan Makassar.[19]

Album ini merupakan kejayaan komersial dan beliau memenangi dua Anugerah Musik Indonesia untuk "Best Pop Female Solo Artist" dan "Best R&B Production Work".[20] Beliau juga memenangi kategori "Most Favorite Female" di Anugerah MTV Indonesia 2006.[21] Beliau telah dicalonkan dalam kategori "Favorite Artist Indonesia" di Anugerah MTV Asia 2005 (ditewaskan oleh Peterpan), tetapi beliau merebut artis termuda dalam semua pencalonan dalam kategori Asia.[22] Terjual lebih daripada 450,000 salinan, album merupakan salah satu album paling laris pada 2006 dan menerima tiga pensijilan platinum.[23]

Pada 2005, Agnes muncul dalam drama Taiwan, The Hospital, lakonan bersama Jerry Yan, ahli kumpulan boyband Taiwan, F4.[24] Beliau juga muncul bersama Peter Ho dalam beberapa episod drama Taiwan, Romance in the White House,[25] dan berlakon dalam sinetron Indonesia: Ku T'lah Jatuh Cinta dan Pink, kedua-duanya disiarkan di Indosiar.[26][27] Pada 2006, beliau berlakon dalam sinetron RCTI Kawin Muda. Beliau juga mengambil keputusan untuk menangguhkan pelajarannya di Universiti Pelita Harapan pada tahun itu untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya hiburannya.[28]

2007–2010: Sacredly Agnezious dan Indonesian Idol

Agnez Mo mengadakan persembahan di Asian Idol 2007.

Pada awal 2007, Agnes telah dilantik oleh Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) dan Persidangan Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa (IDEC) Rantau Timur Jauh sebagai duta antidadah Asia.[29][30] Pada 15 Mei 2007, beliau merupakan artis pembuka tirai untuk kumpulan R&B Amerika, Boyz II Men, di konsert di Istora Senayan, Jakarta,[8] dan pada 23 Jun, beliau mengadakan konsertnya yang pertama di Stadium Negara, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia.[31] Beliau juga bintang tamu di pentas akhir Asian Idol pada 16 Disember 2007, dan mempersembahkan lagu "Get Up".

Pada 2008, Agnes mula merakamkan album studio ketiganya. Beliau mengeluarkan single pertamanya, "Matahariku", lebih awal daripada apa yang dirancang. Ia menjadi single paling laris, dengan jualan muat turun nada dering dalam masa dua bulan.[32] Lagu ini menerima anugerah "Most Favorite Female" di Anugerah MTV Indonesia 2008 dan anugerah "Best Female Solo Pop Artist” di Anugerah Musik Indonesia.[33][34] Pada September 2008, beliau mengeluarkan single keduanya, "Godai Aku Lagi", yang ditulis oleh beliau sendiri. Beliau juga mengeluarkan single CD mengandungi kedua-dua lagu.[35] Pada tahun yang sama, beliau membintangi dua sinetron RCTI, Jelita dan Kawin Masal.[36]

Pada 4 Oktober 2008, Agnes telah dijemput sebagai wakil Indonesia di Festival Lagu Asia di Seoul, Korea Selatan. Beliau membuat persembahan bersama 24 artis dari 12 negara Asia di Stadium Piala Dunia Seoul. Acara ini telah disiarkan di 30 negara.[37][38] Beliau mempersembahkan dua lagu album terbarunya, "Godai Aku Lagi" dan "Shake It Off". Semasa persembahan, beliau menggabungkan unsur-unsur tarian tradisional Indonesia dari Bali. Persembahannya menerima maklum balas daripada media Korea dan memenangi "Best Asian Artist Award".[39] Pada tahun berikutnya, beliau telah dijemput bersama 14 artis Asia dan membawakan tiga lagu: "Shake It Off", "Temperature", dan lagu Michael Jackson, "Heal the World".[40] Berikutan persembahannya, Agnes menerima ulasan baik dan menerima "Best Asian Artist Award".[41]

Agnes melancarkan album studio ketiganya pada 1 April 2009, Sacredly Agnezious. Kali ini, beliau terlibat dalam seluruh penerbitan album. Beliau bekerja dengan beberapa pemuzik: Erwin Gutawa, Dewiq, Pay, dan DJ Sumantri. Beliau juga bertindak sebagai penerbit dan penulis lagu.[42] Selain "Matahariku" dan "Godai Aku Lagi", album ini mengeluarkan dua lagi single: "Teruskanlah" dan "Janji–Janji". Di Anugerah Musik Indonesia 2010, beliau memenangi tiga anugerah: "Album Pop Terbaik", "Artis Solo Pop Wanita Terbaik", dan "Album Terbaik".[43] Pada 23 Mei 2009, beliau muncul sebagai bintang tamu "Festival of Life" di Garuda Wisnu Kencana, Bali. Acara tersebut meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Jepun.[44]

Pada 2010, Agnes menyertai panel juri Indonesian Idol musim keenam.[45] Pada tahun itu, beliau juga dilantik sebagai duta organisasi MTV EXIT (End Exploitation and Trafficking), yang menentang pemerdagangan manusia.[46] Selain peranannya sebagai duta MTV Exit Indonesia, beliau juga mengadakan persembahan di konsert di Surabaya dan Jakarta.[47] Pada lewat 2010, Agnes telah dipilih sebagai pengacara permaidani merah antarabangsa di acara tahunan American Music Awards pada 21 November 2010 di Nokia Theatre di Los Angeles.[48] Beberapa bulan selepas kemunculan, beliau mengumumkan telah menandatangani kontrak bersama Sony/ATV Music Publishing akan membuat kemunculan antarabangsa sulungnya di London dan Los Angeles.[49]

2011–2014: Agnez Mo

Agnez Mo semasa sesi permaidani merah di Festival Lagu Asia 2009 di Seoul, Korea Selatan.

Pada 2011, Agnes merakamkan versi duet "Said I Loved You...But I Lied" bersama penyanyi Amerika, Michael Bolton untuk album kompilasi edisi Asianya, Gems: The Duets Album.[50][51] Slogannya "Dream, Believe, and Make it Happen" ("Impian, Percaya dan Jadikannya") telah digunakan pada persidangan kebudayaan 2011 untuk memberi inspirasi kepada belia dianjurkan oleh Kedutaan AS di Jakarta.[52] Beliau telah dipilih untuk mengadakan persembahan untuk Majlis Pembukaan Sukan SEA 2011 ke-26, bersama KC Concepcion dari Filipina dan penyanyi Malaysia, Jaclyn Victor. Persembahan mereka untuk "Together We Will Shine" merupakan lagu pembukaan bagi acara berprestij ini.[53]

Agnes menamatkan kontrak selama 10 tahun bersama label Aquarius Musikindo dengan mengeluarkan album hits terhebatnya, Agnes Is My Name, pada 2 Februari 2011. Album yang memuatkan sepuluh single hits terdahulu dengan dua lagu baru, "Karena Ku Sanggup" dan "Paralyzed".[54] Album dijual menerusi rangkaian Indonesia bagi restoran makanan segera KFC (Kentucky Fried Chicken), di mana CD telah disertakan dengan pakej pembelian ayam. Strategi pemasaran ini melonjakkan jualan album kepada sejuta salinan dalam masa tiga bulan, melayakkannya menerima Million Award.[55] Beliau mengikutnya dengan dua single bukan album, "Rindu" dan "Muda (Le O Le O)"; yang kemudiannya dimuat turun secara percuma untuk pelanggan simPATI.[56]

Agnes memenangi Anugerah Musik Indonesia untuk Artis Pop Wanita Terbaik selama dua tahun berturut-turut, pada 2011 dengan "Karena Ku Sanggup" dan pada 2012 dengan "Paralyzed".[57] Beliau merupakan antara pencalon di Worldwide Acts Asia Pacific untuk MTV Europe Music Awards 2011.[58] Pada Mac 2012, beliau telah dicalonkan untuk Favorite Asian Act di Nickleodeon Kids' Choice Awards 2012.[59] Masih pada tahun yang sama, beliau memenangi Anugerah Muzik Asia Mnet untuk Artis Asia Terbaik dari Indonesia dan Shorty Awards untuk The Shorty Vox Populi Award.[60][61]

Agnes berlakon dalam sinetron Pejantan Cantik (2010), Marisa (2011) dan Mimo Ketemu Poscha (2012). Pada 2012, Agnes kembali sebagai salah seorang juri Indonesian Idol musim ketujuh.[62] Pada tahun seterusnya, beliau menjadi juri untuk pertandingan bakat yang dinamakan sempena beliau, Nez Academy yang disiarkan di saluran NET. Pada Disember 2012, beliau memberikan ucapan terbuka dan tertutup di UN Global Youth Forum dan mempersembahkan lagunya "Show a Little Love" yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini, bersama penyanyi rap Amerika Timbaland.[63] Mereka juga menyanyikan lagu tersebut pada majlis pelancaran pra-Anugerah Grammy di Los Angeles.[64]

Pada 1 Jun 2013, beliau melancarkan album studio keempat, Agnez Mo, yang memperkenalkan nama pentas barunya, Agnez Mo dan bukannya 'Agnes Monica'. Diterbitkan oleh Tearce Kizzo, ia merupakan album pertamanya di mana beliau menulis semua lagu secara bersama. Album yang pada asalnya dirakamkan sebagai demo yang dihantar kepada syarikat rakaman di Amerika Syarikat bagi mencapai perjanjian untuk kemunculan antarabangsa pertama beliau. Biarpun semua lagu telah ditulis dalam bahasa Inggeris, yang dikeluarkan untuk pasaran Indonesia sahaja. Ia telah dikeluarkan secara digital menerusi Souniq Music (disertakan bersama jenama kopi tempatan, Kopi Kapal Api) pada Jun 2013. Dua bulan kemudian, album telah dikeluarkan secara fizikal menerusi Indomaret.[65] Beliau juga mengeluarkan jenama wangian "eau de perfume" beliau, Rêve, beemaksud "Impian" dalam bahasa Perancis.

Mo menandatangani perjanjian bersama The Cherry Party, sebuah label bergabung bersama Sony Music Entertainment. Single debut antarabangsanya, "Coke Bottle" menampilkan Timbaland dan T.I., bermula September 2013 di stesen radio hip hop Los Angeles, Power 106 FM.[66] "Coke Bottle" dikeluarkan secara digital pada 8 April 2014, dan berkhidmat kepada stesen radio luar bandar di amerika Syarikat pada 20 April.[67] Meskipun diundi sebagai MTV Iggy Song of the Summer, "Coke Bottle" gagal memasuki mana-mana carta Billboard. Pada November 2014, ia telah diumumkan yang Mo menyertai Wright Entertainment Group, pengurusan dimiliki oleh Johnny Wright yang mengendalikan nama-nama besar dalam industri hiburan AS.[68] Beliau mengadakan Jelajah Keep Walking di beberapa bandar di Indonesia. Jelajah tersebut telah ditaja oleh jenama wiski Johnnie Walker.

2015–kini: Album baru dan The Voice Indonesia

Mo menerbitkan dua projek di Indonesia, The Freaks dan Chloe X. The Freaks ialah kumpulan nyanyian yang memuatkan bintang muda Indonesia. Album bertajuk THE FREAKS too, mengandungi 8 lagu kumpulan, duo, dan solo. Single pertama dari kolaborasi ialah "Jatuh Cinta Tak Ada Logika" yang merupakan samaran daripada dua lagu "Ku T'lah Jatuh Cinta" dan "Tak Ada Logika". Selain The Freaks, Mo juga menerbitkan rakaman untuk anak saudaranya bernama Chloe X and wrote the single, "Vroom Vroom".

Pada 20 September 2015, Mo, bersama Institut Wahid dan ribuan tokoh terkenal dan penyokong, membaca Deklarasi Pergerakan Keamanan bertajuk 'Oath of Love'. Ia diadakan di Balai Kota Jakarta, bagi meraikan sambutan Hari Keamanan Antarabagsa. Pada 15 Oktober 2015, Mo mengeluarkan single, bertajuk "I #AM Generation Of Love" yang disiarkan di 250 radio di Indonesia. Lagu ini merupakan kesinambungan kepada kempen Oath of Love. Pada 17 Oktober 2015, Mo melancarkan semula jenama pakaiannya, ANYE. Nama jenama tersebut diambil dari “nama samaran kecil” beliau, yang diberikan oleh bapanya.

Pada 13 November 2015, Mo mengeluarkan single antarabagsa keduanya, "Boy Magnet". Ianya didapati sebagai EP digital di iTunes, menampilkan adunan semula oleh John Dish, Xavi Alfaro, Hector Fonseca dan Tommy Love.[69] Album sulung antarabagsa beliau dikeluarkan pada awal 2016 di bawah The Cherry Party.[70]

Pada 2016, Agnez Mo menyertai panel jurulatih The Voice Indonesia musim kedua bersama Kaka, Ari Lasso dan Judika.[71]

Pada 29 April 2016, Agnez Mo menyertai panel jurulatih The Voice Kids Indonesia bersama Bebi Romeo dan Tulus.[72]

Pada 26 Mei 2016 Mo menjadi duta produk untuk VIVO. Produk SMARTphone China ini memilihnya kerana Vivo dianggap mempunyai watak yang sama: menyeronokkan, bertenaga dan muda.

Untuk tempoj yang panjang beliau tidak mengeluarkan single kerana menyiapkan album antarabangsa di Amerika. Pada 11 Ogos 2016, Agnez mengeluarkan satu tajuk bertajuk "Sebuah Rasa". Lagu itu adalah ciptaan Dewiq dan Pay Burhan, dan diterbitkan oleh Erwin Gutawa. Pada 7 Oktober 2016, klip video "Sebuah Rasa" dilancarkan secara rasmi oleh Pihak Aquarius Musikindo melalui YouTube. Klip konsep yang direka oleh Dimas Djayadiningrat diterima dengan baik oleh peminat.

Pada 18 Mei 2017, Mo bersama EscapeX, sebuah syarikat yang berpangkalan di New York, melancarkan aplikasi mudah alih bernama Agnez Mo App. Aplikasi ini akan memudahkan peminat mengakses akaun media sosial Mos (Facebook, Twitter, Instagram, YouTube) dalam satu aplikasi.

Pada 22 September 2017, Mo melancarkan single bertajuk "Long As I Get Paid".[73] Pada 10 Oktober 2017, Mo mengeluarkan album antarabangsa sulungnya, bertajuk X.[74]