Festival_Lagu_Asia

Festival Lagu Asia (bahasa Inggeris: Asia Song Festival), juga dikenali sebagai A-Song-Fe atau ASF, ialah festival muzik pop tahunan Asia yang diadakan di Korea Selatan, sejak tahun 2004. Ia dihoskan oleh Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea (KOFICE) dan menampilkan artis dari negara-negara Asia. Perayaan ini dirakamkan dan disiarkan di Seoul Broadcasting System di Korea dan Fuji TV di Jepun; dan stesen penyiaran utama lain-lain di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Finland, Bulgaria, Vietnam dan Singapura. Artis yang mengambil bahagian diberi plak penghargaan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea dan Artis Asia Terbaik oleh pengerusi KOFICE. Kumpulan muzik Korea Selatan TVXQ adalah satu-satunya artis yang telah mengambil bahagian selama lima tahun berturut-turut, sejak penganjuran festival ini pada2004.Lagu tema bagi Festival "Dreams Come True" 2011, duet oleh Lee Donghae dari Super Junior dan Seohyun dari Girls' Generation dikeluarkan pada 11 Oktober 2011 sebagai single digital. Hasil daripada jualan disumbangkan kepada UNICEF untuk membantu kanak-kanak di negara-negara Afrika.

Rujukan

WikiPedia: Festival_Lagu_Asia http://big5.chinabroadcast.cn/gate/big5/gb.cri.cn/... http://ent.sina.com.cn/x/p/2005-11-13/1014895255.h... http://asiasongfestival.com/2014/index.html http://asiasongfestival.com/2015/index.html http://asiasongfestival.com/2016/index.html http://www.asiasongfestival.com http://www.asiasongfestival.com/ http://www.channelnewsasia.com/stories/entertainme... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2011/... http://www.koreaboo.com/index.html/_/concerts/b1a4...