Anugerah_Akademi_untuk_Filem_Cetera_Antarabangsa_Terbaik

Anugerah Akademi untuk Filem Cetera Antarabangsa Terbaik (Bahasa Inggeris: Academy Award for Best International Feature Film; nama dahulunya: Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik - Bahasa Inggeris: Academy Award for Best Foreign Language Film - sehingga tahun 2020[1]) bagi filem bukan berbahasa Inggeris, merupakan satu dari Anugerah Akademi bagi Merit, atau lebih dikenali sebagai Oscar, yang diberikan setiap tahun oleh Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak ("Academy of Motion Picture Arts and Sciences - AMPAS") yang bertapak di Amerika Syarikat. Ia diberikan bagi wayang tayangan penuh ("feature-length") yang dihasilkan di luar Amerika Syarikat dengan trek perbualan kebanyakannya bukan bahasa Inggeris.80th Academy Awards – Special Rules for the Best Foreign Language Film Award. Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak. Dicapai 2 November 2007.Ketika acara Anugerah Akademi pertama diadakan pada 16 May 1929 bagi penghormatan bagi filem yang diterbitkan pada 1927/28, tidak terdapat kategori berasingan bagi filem bahasa asing. Antara Anugerah Akademi ke-20 dan Anugerah Akademi ke-21, Akademi memberikan Anugerah Merit Akademi pada filem bahasa asing terbaik yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Anugerah ini, bagaimanapun, tidak diberikan secara tetap (tiada anugerah diberikan pada Anugerah Akademi ke-26 ("1953"), dan tidak bersaing kerana tidak terdapat pencalonan tetapi hanya satu filem dipilih setiap tahun. Bagi Anugerah Akademi ke-29 ("1956"), pertandingan Anugerah Merit Akademi, dikenali sebagai Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, dicipta bagi filem bukan berbahasa Inggeris, dan telah diberikan secara tahunan sejak itu.Tidak seperti Anugerah Akademi yang lain, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik tidak dianugerah pada individual tertentu. Ia diterima oleh pengarah filem yang menang, tetapi dianggap anugerah bagi keseluruhan Negara secara keseluruhannya. Dalam tahun-tahun berlalu, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik dan sebelumnya telah diberikan hampir sepenuhnya pada filem Eropah: dari 65 Anugerah diberikan oleh Akademi sejak Anugerah Akademi ke-20 ("1947") pada filem asing, lima puluh satu diberikan pada filem Eropah, bilangan filem Eropah termasuk 14 pencalonan dan 4 kemenangan bagi filem Soviet Union dan negeri penggantinya. Ia termasuk 5 Anugerah Penghormatan Akademi Khas: 2 dimenangi oleh Itali, 2 dimenangi oleh Perancis dan 1 dikongsikan antara mereka bagi Filem The Walls of Malapaga (1949). Anugerah kedua dikira hanya sekali dalam bilangan Eropah, di mana ia dua kali dalam bilangan Anugerah menurut Negara sebagaimana ditunjukkan dalam kedua-dua kiraan Pawagam di Itali dan Pawagam di Perancis. lima bagi filem Asia, Bilangan termasuk 3 Anugerah Kehormat bagi filem Jepun, tiga bagi filem Afrika dan tiga bagi filem dari Amerika Syarikat. Pengarah filem Itali Federico Fellini mengarah empat pemenang filem bergerak-Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik semasa hayatnya, satu rekod yang kekal tidak dicabar sehingga 2007 (sekiranya Anugerah Kehormat turut dikira, di mana rekod Fellini seri dengan rakan senegaranya Vittorio De Sica).Negara asing terbanyak menerima anugerah adalah Itali, dengan 10 anugerah menang, 3 Anugerah Khas dan 27 pencalonan, sementara Israel merupakan negara asing paling banyak pencalonan, 10, tanpa menang.

Anugerah_Akademi_untuk_Filem_Cetera_Antarabangsa_Terbaik

Penghargaan Pencapaian dalam dunia pawagam
Disampaikan oleh Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak
Laman web rasmi http://www.oscars.org/
Anugerah terakhir 2012
Kini dipegang oleh Michael Hanekefilem Amour (Austria, Anugerah Akademi ke-85 ("2012"))
Lokasi county Los Angeles, California
Negara Amerika Syarikat
Anugerah pertama 1957

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Akademi_untuk_Filem_Cetera_Antarabangsa_Terbaik http://www.elnuevodia.com/puertoricoquedaexcluidod... http://books.google.com/books?id=dH2Lb_YhIhAC&pg=P... http://www.hollywoodreporter.com/hr/search/article... http://www.imdb.com/title/tt0085213/ http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?pagename=JPo... http://select.nytimes.com/gst/abstract.html?res=F4... http://www.variety.com/article/VR1117934502.html?c... http://www.varietyasiaonline.com/content/view/4715... http://www.nyc.gov/html/film/html/news/stats.shtml http://www.jerusalem-times.net/article/news/detail...