Asoka
Asoka

Asoka

Asoka (Devanāgarī: अशोक, IAST: Aśoka, IPA: [aˈɕoːkə], 304–232 SM), juga dikenali sebagai Ashoka dan Asoka Agung, ialah maharaja dari Dinasti Maurya di India yang memerintah hampir seluruh subbenua India dari 269 SM hingga 232 SM. Salah satu maharaja India yang teragung, baginda memerintah hampir seluruh wilayah India kini selepas sebilangan kejayaan ketenteraan. Empayarnya terbentang dari Pakistan kini dan Afghanistan di barat sehingga Assam di timur, dan Kerala utara serta Andhra di selatan. Asoka juga menewaskan kerajaan Kalinga yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana satu maharaja dinastinya, mulai dari zaman Chandragupta Maurya. Pemerintahannya berpusat di Magadha (Bihar kini, India).[1]Seorang penganut tradisi Veda, agama yang dianuti secara meluas sewaktu itu, Asoka kemudian memeluk agama Buddha selepas menyaksikan kematian besar-besaran dalam perang Kalinga, suatu perang yang dimulakannya sendiri atas keinginan untuk mencapai penaklukan. Baginda seterusnya mengabdikan hidupnya dalam penyebaran agama Buddha ke seluruh Asia dan membina tugu peringatan untuk menandakan sebilangan tapak yang penting dalam kehidupan Gautama Buddha. Asoka mengamalkan ahimsa (ketakganasan), kasih sayang, kebenaran, toleransi, dan vegetarianisme, dan dikenangi dalam sejarah sebagai seorang pentadbir kedermawanan. Dalam sejarah India, baginda digelar sebagai Samraat Chakravartin Asoka, iaitu Maharaja antara Maharaja Asoka.Nama baginda, "aśoka" bererti "tanpa kesedihan" dalam bahasa Sanskrit (a = tiada/tanpa, soka = kesedihan atau kerisauan). Dalam ediknya, Asoka digelar sebagai Devānāmpriya (Devanāgarī: देवानांप्रिय)/Devānaṃpiya atau "Yang Disayangi oleh Dewa-dewa", dan Priyadarśin (Devanāgarī: प्रियदर्शी)/Piyadassī atau "Dia yang menyayangi setiap orang". Satu lagi gelarannya ialah Dhamma (prakrit: धम्मः), "Sah, Warak, Salih".H. G. Wells, penulis dan pengkritik sosial British yang terkenal, dalam The Outline of History (1920), karya dua jilidnya yang terlaris, menulis tentang maharaja Asoka:Selain daripada Edik Asoka, legenda Asoka juga diceritakan dalam Aśokāvadāna ("Naratif Asoka") dan Divyāvadāna ("Naratif Ketuhanan") akhir abad ke-2, serta teks Sri Lanka Mahavamsa ("Babad Agung").Selepas dua ribu tahun, pengaruh Asia masih dapat dlihat di Asia, terutamanya di subbenua India. Sebuah lambang yang digali dari empayarnya kini merupakan Lambang India kebangsaan. Dalam sejarah agama Buddha, Asoka dianggap sebagai tokoh kedua terpenting selepas Gautama Buddha.

Asoka

Pemerintahan 273-232 SM
Ayahanda Bindusara
Bonda Rani Dharma atau Shubhadrangi
Dimakamkan Abu direndam ke dalam Sungai Ganges, mungkin di Varanasi, Mayat dibakar pada 232 SM, kurang daripada 24 jam selepas kemangkatan
Agama Agama Buddha, Humanisme
Isteri Rani Tishyaraksha
Rani Padmavati
Rani Kaurwaki
Anakanda Mahendra, Sanghamitra,Teevala, Kunala
Nama penuh Ashoka Bindusara Maurya
Kerabat diraja Dinasti Maurya
Pertabalan 270 SM
Permaisuri Maharani Devi
Pengganti Dasaratha Maurya
Pendahulu Bindusara
Gelaran Samrat. Gelaran lain termasuk Devanampriya Priyadarsi, Dhammarakhit, Dharmarajika, Dhammarajika, Dhammaradnya, Chakravartin, Samrat, Radnyashreshtha, Magadhrajshretha, Magadharajan, Bhupatin, Mauryaraja, Aryashok, Dharmashok, Dhammashok, Asokvadhhan , Ashokavardhan, Prajapita,Dhammanayak, Dharmanayak