Kebudayaan Bangsa_Han

Rencana utama: Kebudayaan Cina

Kebudayaan Cina yang merupakan salah sebahagian tamadun dunia yang tertua dan yang paling rumit telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Orang-orang Han mempercayai bahawa mereka berketurunan daripada leluhur-leluhur yang sama dengan Maharaja Kuning dan Maharaja Yan beberapa ribu tahun dahulu. Oleh itu, sesetengah orang Han merujuk kepada diri mereka sebagai "keturunan Maharaja Yan dan/atau Maharaja Kuning ". Dalam iklim politik yang memecahbelahkan, seperti antara tanah besar China dengan Taiwan, frasa ini telah menjadi sebut-sebutan dalam dunia politik.

Pada sepanjang sejarah China, kebudayaan Cina telah amat dipengaruhi oleh Konfusianisme. Dihargai untuk membentuk pemikiran Cina, Konfusianisme merupakan falsafah rasmi pada kebanyakan sejarah Empayar China, dengan penguasaan teks Konfusianisme merupakan kriteria utama untuk pemasukan ke dalam birokrasi empayar.

Bahasa

Rencana utama: Bahasa Cina

Orang-orang Han bertutur dalam berbagai-bagai bentuk bahasa Cina. Salah satu nama kumpulan bahasanya ialah Hanyu yang secara harfiah membawa pengertian "bahasa Han". Serupa juga, aksara Cina yang digunakan untuk menulis bahasa Cina dipanggil Hanzi atau "aksara Han."

Nama

Rencana utama: Nama Cina

Nama-nama Cina biasanya terdiri daripada dua atau tiga suku kata, dengan nama keluarga diikuti oleh nama yang diberikan kepadanya. Nama keluarga biasanya mempunyai satu suku kata (walaupun terdapat juga sebilangan nama keluarga yang amat kecil yang mempunyai dua atau lebih suku kata), manakala nama-nama yang diberikan adalah satu atau dua suku kata panjangnya.

Terdapat 4,000 hingga 6,000 nama keluarga di China, tetapi hanya sekitar 1,000 nama keluarga digunakan secara umum. Menurut sebuah kajian yang dibuat oleh Li Dongming, ahli sejarah Cina, sebagaimana yang diterbitkan sebagai makalah "Nama Keluarga" di dalam Majalah Dongfong (1977), nama-nama keluarga Han yang biasa adalah seperti yang berikut:

  • Nama keluarga ke-11 hingga ke-20 yang bersama-sama merangkumi melebihi 10% daripada orang-orang Cina di seluruh dunia:
  • Nama keluarga ke-21 hingga ke-30 yang bersama-sama merangkumi sekitar 10% daripada orang-orang Cina di seluruh dunia:


Hanfu.

Pakaian

Rencana utama: Pakaian bangsa Han

Pada hari ini, orang-orang Han biasanya memakai pakaian-pakaian gaya Barat. Tidak banyak orang memakai pakaian bangsa Han secara tetap. Bagaimanapun, pakaian bangsa Han masih dikekalkan untuk upacara agama dan istiadat. Umpamanya, sami-sami Taoisme memakai pakaian yang biasa dipakai oleh para cendekiawan pada zaman Dinasti Han. Pakaian istiadat seperti yang dipakai oleh sami-sami Shinto pada umumnya berdasarkan pakaian istiadat di China pada masa dinasti Tang.

Pakaian Cina tradisional yang dipakai oleh banyak wanita Cina semasa menghadiri upacara-upacara penting seperti jamuan perkahwinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao. Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan ubah suaian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China antara abad ke-17 (1644) sehingga awal abad ke-20. Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradiosional Jepun dan Korea juga adalah ubah suaian pakaian Hanfu.

Kesusasteraan

Rencana utama: Kesusasteraan Cina

Bangsa Han mempunyai sejarah kesusasteraan klasik yang kaya yang wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Antara karya-karya yang penting termasuk teks klasik seperti Koleksi Ujaran Confucius, I Ching, dan Seni Perang. Sebilangan pemuisi Han yang terpenting dalam zaman pra-moden termasuk Li Bai, Du Fu, dan Su Dongpo. Novel-novel yang paling penting dalam kesusasteraan Cina ialah Empat Novel Klasik Agung, iaitu Mimpi Kamar Merah, Pinggir Air, Kisah Tiga Kemaharajaan, serta Perjalanan ke Barat.

Sumbangan kepada kemanusiaan

Bangsa Han telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan bidang seni, sains, falsafah, dan matematik pada sepanjang sejarah. Pencapaian-pencapaian saintifik di China pada zaman purba termasuk pengesan seismologi, mancis, kertas, dok kering, angkup gelongsor, pam omboh tindakan ganda, besi tuangan, bajak besi, gerudi biji berbilang tiub, kereta sorong, jambatan gantung, payung terjun, gas asli sebagai bahan api, kompas magnet, peta relief, kipas (propeller), busur silang, serbuk letupan, dan pencetakan. Pencetakan, kertas, kompas, dan serbuk letupan telah disanjung dalam kebudayaan Cina sebagai Empat Rekaan Agung China kuno. Selain itu, ahli-ahli astronomi Cina merupakan antara tokoh-tokoh pertama yang mencatat pencerapan-pencerapan supernova.

Seni Cina, masakan Cina, falsafah Cina, dan kesusasteraan Cina kesemuanya mempunyai beribu-ribu tahun perkembangan, manakala banyak tapak Cina, seperti Tembok Besar China dan Angkatan Tentera Terracotta merupakan tapak-tapak Warisan Dunia. Sejak permulaan program tersebut pada tahun 2001, aspek-aspek kebudayaan Cina telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Mahakarya Warisan Lisan dan Tak Ketara Kemanusiaan.

Pada kebanyakan sejarahnya, dinasti-dinasti Cina yang berturut-turut telah mempengaruhi jiran-jirannya dalam bidang seni, muzik, agama, makanan, pakaian, falsafah, bahasa, sistem kerajaan, dan kebudayaan. Pada zaman moden, bangsa Han merupakan kelompok etnik yang terbesar di China, manakala penempatan orang-orang Cina perantauan yang berjumlah pada tahap berpuluh-puluh juta telah memberikan sumbangan kepada negara-negara yang ditetap mereka di seluruh dunia.

Pada zaman moden, orang-orang Han terus memberikan sumbangan kepada bidang matematik dan sains. Antara mereka ialah:

Tsien Hsue-shen merupakan seorang ahli sains yang terkenal di Makmal Perejanan Jet NASA, manakala Chien-Shiung Wu memberikan sumbangan kepada Projek Manhattan.