Ciri-ciri Baybayin

Pedang dha Filipina yang diukir aksara Baybayin. Ragam-ragam Baybayin.

Baybayin merupakan sistem tulisan abugida (abjad suku kata) yang menggunakan kombinasi konsonan-vokal. Setiap aksara atau titik[50] yang ditulis dalam bentuk dasarnya merupakan konsonan yang diakhiri dengan vokal /a/. Untuk menghasilkan konsonan yang diakhiri dengan bunyi vokal lain, tanda yang disebut kudlit diletakkan sama ada di atas (untuk menghasilkan bunyi /e/ atau /i/) atau di bawah aksara (untuk menghasilkan bunyi /o/ atau /u/). Untuk menulis perkataan yang bermula dengan vokal, tiga huruf digunakan, masing-masing untuk A, E / I dan O / U.

Aksara

Aksara-aksara asas dengan semua gabungan kudlit
Vokal
a
i/e
u/o
(virama)
Ba/Va
ba/va
bi/be
vi/ve
ᜊᜒ
bu/bo
vu/vo
ᜊᜓ
b
v
ᜊ᜴
ᜊ᜔
Ka
ka
ki keᜃᜒ
ku
ko
ᜃᜓᜓ
kᜃ᜴
ᜃ᜔
Da/Ra
da/ra
di/ri
de/re
ᜇᜒ
du/ru
do/ro
ᜇᜓ
d
r
ᜇ᜴
ᜇ᜔
Ga
ga
gi geᜄᜒ
gu
go
ᜄᜓ
gᜄ᜴
ᜄ᜔
Ha
ha
hi
he
ᜑᜒ
hu
ho
ᜑᜓ
hᜑ᜴
ᜑ᜔
La
la
li
le
ᜎᜒ
lu
lo
ᜎᜓ
lᜎ᜴
ᜎ᜔
Ma
ma
mi
me
ᜋᜒ
mu
mo
ᜋᜓ
mᜋ᜴
ᜋ᜔
Na
na
ni
ne
ᜈᜒ
nu noᜈᜓ
nᜈ᜴
ᜈ᜔
Nga
nga
ngi
nge
ᜅᜒ
ngu
ngo
ᜅᜓ
ngᜅ᜴
ᜅ᜔
Pa/Fa
pa/fa
pi/pe
fi/fe
ᜉᜒ
pu/po
fu/fo
ᜉᜓ
p
f
ᜉ᜴
ᜉ᜔
Sa/Za
sa/za
si/se
zi/ze
ᜐᜒ
su/so
zu/zo
ᜐᜓ
s
z
ᜐ᜴
ᜐ᜔
Ta
ta
ti
te
ᜆᜒ
tu
to
ᜆᜓ
tᜆ᜴
ᜆ᜔
Wa
wa
wi
we
ᜏᜒ
wu
wo
ᜏᜓ
wᜏ᜴
ᜏ᜔
Ya
ya
yi
ye
ᜌᜒ
yu
yo
ᜌᜓ
yᜌ᜴
ᜌ᜔

Perhatikan baris kedua bawah menampilkan tanda penghapus vokal pamudpod "᜴", yang diperkenalkan oleh Antoon Postma kepada tulisan Hanunuo. Baris paling bawah pula adalah tanda krus-kudlit "+", tambahan pada tulisan asal yang diperkenalkan oleh paderi Sepanyol, Francisco Lopez pada tahun 1620.

Hanya ada satu simbol atau aksara untuk Da atau Ra kerana dua bunyi ini ialah alofon dalam kebanyakan bahasa di Filipina, di mana bunyi /r/ terjadi antara vokal dan /d/ pula di tempat lain. Hukum tatabahasa ini kekal dalam bahasa Filipina moden, yang mana /d/ menjadi /r/ apabila berada di antara dua vokal, contohnya: dangál (kehormatan) dan marangál (terhormat); dunong (pengetahuan) dan marunong (berpengetahuan), malah daw menjadi raw (katanya) din menjadi rin (juga) selepas vokal.[12] Akan tetapi, varian-varian skrip Baybayin seperti Sambal, Basahan, dan Ibalnan antara lainnya mempunyai aksara yang berasingan untuk Da dan Ra .

Pa dan Fa (atau Pha) ditulis dengan huruf yang sama atas alasan alofon, begitu juga pasangan Ba dan Va, dan Sa dan Za. Nga pula diwakili oleh huruf tunggal, sedangkan huruf Rumi Filipina moden menggunakan dwilambang "ng".

Virama Kudlit

Kaedah penulisan yang asalnya menyukarkan para paderi Sepanyol dalam usaha menterjemahkan sastera ke dalam bahasa tempatan kerana Baybayin pada awalnya Baybayin meniadakan konsonan terakhir tanpa vokal. Ini menyukarkan pembaca untuk menentukan perkataan atau sebutan asal penulis. Sebagai contoh, bundok (gunung) dieja sebagai 'bu-du', dengan konsonan akhir setiap suku kata dihilangkan. Oleh sebab itulah Francisco López memperkenalkan kudlit ciptaannya sendiri pada tahun 1620, yang dipanggil sabat atau krus, yang membatalkan bunyi vokal /a/ yang tersirat dan membolehkan konsonan akhir ditulis. Kudlit itu berbentuk tanda "+"[51] yang diilhamkan dari agama Kristian. Kudlit berbentuk palang ini sama fungsinya dalam virama dalam tulisan Devanagari India atau pangkon dalam tulisan hanacaraka Jawa.

Tanda baca dan jarak

Baybayin pada asalnya hanya menggunakan satu tanda baca iaitu bantasán (᜶).[50][52] Kini, ia menggunakan dua tanda baca, iaitu tanda tunggal (᜵) yang berfungsi sebagai koma atau pemecah ayat dalam puisi, dan tanda kembar (᜶) sebagai noktah atau penanda akhir perenggan. Tanda-tanda baca ini mirip dengan tanda danda tunggal dan kembar dalam tulisan abugida Indik yang lain dan boleh ditunjukkan dalam bentuk garis menegak atau garis miring ke depan. Tanda-tanda ini adalah sama bagi semua tulisan Filipina dan dikodkan oleh Unicode dalam blok tulisan Hanunóo.[53] Dahulu ditulis tanpa jarak, tetapi kini ditulis secara berjarak.[12]