Koordinat:
52°31′07″N 13°22′34″E / 52.51861°N 13.37611°E / 52.51861; 13.37611Pembangkang (127)Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
JermanBundestag (
Bahasa Melayu: Diet Persekutuan) ialah
parlimen negara Jerman yang bersidang di
Berlin. Institusi ini telah ditubuhkan berlandaskan
Perlembagaan Republik Persekutuan Jerman yang ditulis pada tahun 1949 (Grundgesetz atau Hukum Asas) dan merupakan institusi yang mengambil alih peranan
Reichstag. Dewan ini merupakan satu-satunya organ di dalam perlembagaan persekutuan Jerman yang dipilih dan disahkan secara terus oleh rakyat kebanyakan.Bilangan keahliannya menurut peruntukan undang-undang ialah sebanyak 598. Tetapi bilangan sebenarnya adalah lebih banyak kerana wujudnya
kerusi tambahan, satu ciri unik hasil
sistem pemilihan bernisbah anggota bercampur (Inggeris: Mixed member proportional system). Satu penggal perkhidmatan Bundestag berlangsung selama empat tahun. Ahli-ahli Bundestag (MdB, Jerman: Mitglied der Bundestag) boleh duduk mengikut
Fraktion atau
Gruppe (Melayu: kumpulan besar atau kecil) bagi menikmati status khas dalam aturan dan organisasi mesyuarat.Institusi ini dipengerusikan oleh seorang presiden (setaraf dengan
Yang di-Pertua Dewan Rakyat) dan jawatan itu kini disandang oleh
Dr. Norbert Lammert dari
CDU. Selain itu, beliau turut dibantu oleh Naib Presiden dan wakil-wakilnya yang kini disandang oleh Gerda Hasselfeldt (
CSU), Wolfgang Thierse, Susanne Kastner (kedua-duanya daripada
SPD), Hermann Otto Solms (
FDP), Petra Pau (
Kiri) dan Katrin Göring-Eckardt (
Hijau). Mereka ini semuanya membentuk sebuah
Majlis Presiden (Inggeris: Presidium).Bundestag mempunyai banyak fungsi terutamanya menggubal undang-undang; iaitu menguruskan hak-hak persekutuan dan meminda perlembagaan. Dalam hal ini, selalunya kerjasama daripada
Bundesrat (atau Majlis Persekutuan) adalah diperlukan, namun dewan itu bukanlah dewan kedua (atau dewan atasan) seperti di dalam sistem parlimen
dwidewan. Parlimen turut bertanggungjawab meluluskan perjanjian-perjanjian antarabangsa dengan negara-negara asing atau pertubuhan-pertubuhan selain meluluskan belanjawan kerajaan persekutuan. Di dalam rangka penubuhannya, dewan itu turut berkuasa melantik
canselor (melalui majoriti mutlak),
Presiden Persekutuan melalui keanggotaannya dalam
Bundesversammlung (atau Majlis Perhimpunan Persekutuan),
hakim-hakim persekutuan dan organ-organ persekutuan yang lain. Parlimen turut menjalankan tugasnya mengawal kerajaan dan badan eksekutif persekutuan selain meluluskan kerahan ke atas
Angkatan Tentera Persekutuan.Peranan penting politiknya juga ialah menegaskan kehendak-kehendak rakyat dan sebaliknya menyampaikan maklumat kepada rakyat.