Bundestag
Bundestag

Bundestag

Koordinat: 52°31′07″N 13°22′34″E / 52.51861°N 13.37611°E / 52.51861; 13.37611Pembangkang (127)Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Jerman
Bundestag (Bahasa Melayu: Diet Persekutuan) ialah parlimen negara Jerman yang bersidang di Berlin. Institusi ini telah ditubuhkan berlandaskan Perlembagaan Republik Persekutuan Jerman yang ditulis pada tahun 1949 (Grundgesetz atau Hukum Asas) dan merupakan institusi yang mengambil alih peranan Reichstag. Dewan ini merupakan satu-satunya organ di dalam perlembagaan persekutuan Jerman yang dipilih dan disahkan secara terus oleh rakyat kebanyakan.Bilangan keahliannya menurut peruntukan undang-undang ialah sebanyak 598. Tetapi bilangan sebenarnya adalah lebih banyak kerana wujudnya kerusi tambahan, satu ciri unik hasil sistem pemilihan bernisbah anggota bercampur (Inggeris: Mixed member proportional system). Satu penggal perkhidmatan Bundestag berlangsung selama empat tahun. Ahli-ahli Bundestag (MdB, Jerman: Mitglied der Bundestag) boleh duduk mengikut Fraktion atau Gruppe (Melayu: kumpulan besar atau kecil) bagi menikmati status khas dalam aturan dan organisasi mesyuarat.Institusi ini dipengerusikan oleh seorang presiden (setaraf dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat) dan jawatan itu kini disandang oleh Dr. Norbert Lammert dari CDU. Selain itu, beliau turut dibantu oleh Naib Presiden dan wakil-wakilnya yang kini disandang oleh Gerda Hasselfeldt (CSU), Wolfgang Thierse, Susanne Kastner (kedua-duanya daripada SPD), Hermann Otto Solms (FDP), Petra Pau (Kiri) dan Katrin Göring-Eckardt (Hijau). Mereka ini semuanya membentuk sebuah Majlis Presiden (Inggeris: Presidium).Bundestag mempunyai banyak fungsi terutamanya menggubal undang-undang; iaitu menguruskan hak-hak persekutuan dan meminda perlembagaan. Dalam hal ini, selalunya kerjasama daripada Bundesrat (atau Majlis Persekutuan) adalah diperlukan, namun dewan itu bukanlah dewan kedua (atau dewan atasan) seperti di dalam sistem parlimen dwidewan. Parlimen turut bertanggungjawab meluluskan perjanjian-perjanjian antarabangsa dengan negara-negara asing atau pertubuhan-pertubuhan selain meluluskan belanjawan kerajaan persekutuan. Di dalam rangka penubuhannya, dewan itu turut berkuasa melantik canselor (melalui majoriti mutlak), Presiden Persekutuan melalui keanggotaannya dalam Bundesversammlung (atau Majlis Perhimpunan Persekutuan), hakim-hakim persekutuan dan organ-organ persekutuan yang lain. Parlimen turut menjalankan tugasnya mengawal kerajaan dan badan eksekutif persekutuan selain meluluskan kerahan ke atas Angkatan Tentera Persekutuan.Peranan penting politiknya juga ialah menegaskan kehendak-kehendak rakyat dan sebaliknya menyampaikan maklumat kepada rakyat.