Sejak memulakan kerjaya sebagai artis rakaman pada tahun 1995, penyanyi wanita Malaysia
Datuk Seri Siti Nurhaliza telah meninggalkan impak yang besar dalam industri muzik Malaysia sebagai biduanita seni suara terunggul negara pada separuh akhir 1990-an dan sepanjang dekad pertama 2000-an. Beliau telah mengeluarkan 16
album studio, 11
album kompilasi, 10 album secara langsung, 2 album duet dan 1 album khas serta telah merakamkan lebih daripada 250
lagu dan
single. Beliau turut merakamkan
runut bunyi untuk beberapa
filem cetera termasuk
Puteri Gunung Ledang (2004) dan
1957: Hati Malaya (2007) dan
drama televisyen termasuk
Spa Q dan
Adam & Hawa. Selepas memenangi
Bintang HMI, Siti Nurhaliza mengikat kontrak bersama
Suria Records (SRC) dan seterusnya melancarkan kerjaya muzik beliau, Siti kekal bersama syarikat rakaman itu selama 10 tahun. Bersama SRC, beliau melancarkan album pertamanya yang menggunakan
namanya sebagai judul album pada 1 April 1996 yang mendapat sambutan baik dengan kemunculan single pertama "Jawapan Di Persimpangan". Selepas agak sukar dikenali ketika awal penampilannya, Siti diundang rakan satu bumbung untuk mengeluarkan single duet iaitu bersama kumpulan
2 by 2 dengan lagu "
Mawarku". Lagu itu menjadi hits dan membuka jalan untuk Siti lebih dikenali. Single kedua dari album pertamanya iaitu "
Jerat Percintaan" membuat kejutan apabila memenangi anugerah utama di
Anugerah Juara Lagu ke-10 sekaligus mengukuhkan lagi nama penyanyi muda ini. Album keduanya menyusul pantas selepas itu, juga menggunakan
namanya sebagai judul album dilancarkan pada 27 Januari 1997 merupakan kejayaan komersial dan membawanya ke
Indonesia dengan single "
Aku Cinta Padamu". Juga pada 1997, beliau melancarkan album tradisional sulungnya bersama kolaboratornya, Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah),
Cindai pada 17 November tahun itu. Pada 1998, beliau melancarkan dua album serentak – album solo keempat,
Adiwarna dan album kompilasi bersama
Noraniza Idris dan
Liza Hanim,
Molek. Beliau merakamkan 6 lagi album bersama SRC -
Pancawarna (1999),
Sahmura (2000),
Safa (2001),
Sanggar Mustika (2002),
E.M.A.S (2003) dan
Prasasti Seni (2004) sehingga kontraknya dengan SRC tamat pada 2005.Pada 2000, jualan albumnya sahaja menyumbang kepada 10 peratus daripada jumlah jualan album Malaysia.
[1] Juga pada 2000, Siti melancarkan album kompilasi solo pertamanya,
The Best Of Siti Nurhaliza telah dikeluarkan dan dilaporkan telah terjual sebanyak 75, 000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan Emas.
[2] Beliau telah menjual lebih kurang lebih daripada 4.9 juta rekod di pasaran Asia terutama di pasaran Malaysia dan Indonesia daripada 15 tahun beliau dalam seni suara. Dalam tempoh lima tahun, jualan untuk enam album pertamanya telah pun mencapai 1 juta unit di pasaran Malaysia
[3][4] dan 500 000 unit lagi daripada pasaran Indonesia. Album pertama beliau didedahkan kepada menjual lebih daripada 800,000 naskhah
[5] dan lapan daripada 15 solo album beliau telah diterima sama ada Emas, Platinum atau berbilang pensijilan platinum dari Malaysia dan Indonesia.Pada 2004, beliau berkolaborasi bersama
M. Nasir menerusi lagu tema filem
Puteri Gunung Ledang, "
Bagaikan Sakti" yang turut dimuatkan dalam album runut bunyi filem itu.
[6] Pada 2006, Siti Nurhaliza melancarkan album ke-11 beliau,
Transkripsi bersama syarikat miliknya
Siti Nurhaliza Productions dan diuar-uarkan sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh beliau. Album ini dikeluarkan 4 bulan sebelum perkahwinannya dengan
Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006, seterusnya beliau melancarkan single "
Cahaya Cinta" bersempena dengan perkahwinannya. Lagu ini dimuatkan dalam album Cerita Cinta Siti Nurhaliza.Siti Nurhaliza mengikuti kejayaan album Transkripsi bersama beberapa lagi albumnya yang dikeluarkan kemudian, iaitu
Hadiah Daripada Hati (2007),
Lentera Timur (2008) dan
Tahajjud Cinta serta album duet bersama
Krisdayanti,
CTKD: Canda Tangis Ketawa Duka (2009). Siti melancarkan album
bahasa Inggeris pertamanya,
All Your Love pada 26 September 2011 di bawah syarikat rakaman What’s Up Entertainment milik anak tirinya, Adib Khalid.
[7] Beliau menandatangani kontrak bersama
Universal Music Malaysia dan seterusnya muncul bersama single "
Galau" pada 2013
[8] dan seterusnya muncul bersama album
Fragmen pada 2014.
[9] Album secara langsung beliau,
Unplugged telah dikeluarkan pada Jun 2015, dua bulan selepas konsert
Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 diadakan, "
Mikraj Cinta" dan "
Menatap Dalam Mimpi" dikeluarkan sebagai single.
[10] Pada 10 Mei 2017, album terbaru beliau,
SimetriSiti dilancarkan,
[11] pra-tempahan bagi album ini didapati di
Lazada.com.my dan sebanyak 300 salinan album ini habis dijual dalam masa 20 minit.
[12]