Dr._Slump
Dr._Slump

Dr._Slump

Dr. Slump (Bahasa Jepun: Dr. スランプ Dr. Suranpu) merupakan salah satu manga yang terkenal karya Akira Toriyama. Isu pertama diterbitkan pada 1980 dalam antologi komik Shueisha iaitu Mingguan Shonen Jump, dan isu-isu selepas itu telah menaikkan nama Toriyama dalam kerjaya manga,Manga tersebut tamat pada 1984 dan kemudiannya dijadikan 18 jilid tankōbon. Dr. Slump merupakan manga jenaka, dan hampir serupa dengan manga terkenal Toriyama, Dragon Ball Z.Manga Dr. Slump dijadikan dua anime berlainan. Yang pertamanya, Dr. Slump & Arale-chan (Bahasa Jepunnya: Dr.スランプ アラレちゃん) ditayangkan dari 1981 hingga 1986 dan merangkumi 243 episod. Anime kedua ditayangkan dari 1997 hingga 1999 dan hanya mempunyai 74 episod. Sebagai tambahan kepada siri, 10 filem animasi diadakan.Dr. Slump mengandungi kata-kata dan perlakuan tidak senonoh, dan ajukan budaya Jepun dan Amerika. Sebagai contoh, watak "Suppaman" yang pendek dan gemuk bertukar kepada gaya Superman dengan hanya memakan asam ("suppai") umeboshi. Tidak seperti Superman, Suppaman tidak boleh terbang, malah berpura-pura terbang dengan menelentang di atas papan luncur dan bergerak dijalan-jalan. Dr. Slump berlatarkan Kampung Penguin (ペンギン村 Pengin Mura), sebuah tempat yang manusia hidup bersama haiwan jadian serta antropomorfik serta lain-lain objek ganjil. Di kampung ini, tinggalnya Senbe Norimaki (則巻千兵衛 Norimaki Senbe), seorang pereka cipta (namanya diambil dari Senbe iaitu biskut nasi). Nama gelarannya ialah "Dr. Slump." Dalam jilid yang pertama, dia mencipta sebuah robot perempuan yang dia namakan Arale Norimaki (則巻アラレ Norimaki Arare, juga dari nama arare, sejenis biskut nasi), dalam babak yang menjenakakan klasik kanak-kanak Itali Pinocchio (catatan: "Arale" merupakan ejaan peromanan Toriyama yang pertama untuk nama Arale). Oleh kerana Senbe merupaka pencipta yang cuai, robot tersebut memerlukan cermin mata. Arale sangat tak matang hinggakan boleh membawa seekor beruang ke rumah yang disalah sangkakan sebagai binatang peliharaan. Tetapi, dia turut memiliki kekuatan super. Secara umumnya, manga ini berkisar tentang kurang faham Arale akan kehidupan manusia dan ciptaan, cabaran dan percintaan Senbe.

Berkaitan