Ekonomi_Vietnam
Ekonomi_Vietnam

Ekonomi_Vietnam

Pada 2012, KDNK nominal Vietnam mencapai AS$138 bilion dengan KDNK per kapita nominal sebanyak $1,527.[4]Menurut ramalan Goldman Sachs pada 2005, ekonomi Vietnam akan menjadi ekonomi yang ke-21 terbesar di dunia menjelang 2025 dengan anggaran KDNK nominal sebanyak $436 bilion dan KDNK per kapita nominal sebanyak $4,357.[5]Menurut ramalan 2008 oleh PricewaterhouseCoopers, Vietnam mungkin menjadi ekonomi memuncul yang paling cepat membangun pada 2025 dengan potensi kadar pertumbuhan hampir 10% setahun dari segi dolar sebenar.[6] Pada 2012, HSBC meramal bahawa jumlah KDNK Vietnam akan melampaui KDNK bagi Norway, Singapura dan Portugal menjelang 2050.[7]Dalam sebahagian besar sejarahnya, Vietnam merupakan sebuah tamadun yang tertumpu pada pertanian berasaskan padi. Juga terdapat industri perlombongan bauksit, iaitu bahan yang penting untuk menghasilkan aluminium. Ekonomi Vietnam rata-ratanya dibentuk oleh Parti Komunis Vietnam menerusi Pelan-Pelan Lima Tahun yang dilakukan pada sesi pleno oleh Jawatankuasa Pusat dan kongres-kongres kebangsaan.Pengkolektifan ladang, kilang dan barang model dilakukan dalam memantapkan perancangan pusat dengan jutaan orang yang bekerja dalam perusahaan milik negara. Ekonomi Vietnam dibelenggui oleh kurangnya kecekapan dan rasuah dalam perusahaan milik negara, kekurangan kualiti dan pengeluaran, serta sekatan ke atas kegiatan ekonomi, di samping juga menerima kesan daripada sekatan perdagangan pasca perang yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah. Semua itu diburukkan lagi oleh kejatuhan blok Soviet yang termasuk rakan-rakan dagang utama Vietnam pada akhir 1980-an.Pada 1986, Kongres Kebangsaan Keenam Parti Komunis memperkenalkan pembaharuan ekonomi market berpaksikan sosialis dalam dasar yang bergelar Đổi Mới. Pemilikan swasta digalakkan dalam sektor industri, perdagangan dan pertanian, sementara perusahaan milik negara distrukturkan semula untuk dikendalikan dalam batas-batas pasaran.[8]Atas berkat pembaharuan inilah Vietnam mencapai pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 8% dari 1990 hingga 1997, kemudian sekitar 7% dari 2000 hingga 2005, menjadikan Vietnam salah sebuah ekonomi paling cepat tumbuh di dunia. Pertumbuhan kekal mantap biarpun menghadapi kemelesetan global akhir 2000-an, bertahan pada 6.8% pada 2010, tetapi kadar inflasi Vietnam tahun ke tahun mencapai 11.8% pada Disember 2010, menurut anggaran GSO. Mata wang đồng diturunkan nilai tiga kali dalam 2010 sahaja.[9]Industri pembuatan, teknologi maklumat dan teknologi tinggi kini membentuk sebahagian besar dan pesat dalam ekonomi negara. Biarpun Vietnam baharu menceburi industri minyak, kini ia merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah keluaran tahun 2011 sebanyak 318,000 barrels per day (50,600 m3/d).[10] Pada 2010, Vietnam menjadi pengeluar petroleum mentah kelapan terbesar di rantau Asia-Pasifik.[11]Kemiskinan tegar, iaitu peratusan penduduk yang hidup di bawah takat $1 sehari, banyak menurun di Vietnam. Kini kadar kemiskinan kurang berbanding China, India, dan Filipina.[12] Penurunan kadar kemiskinan ini boleh dikatakan berkat daripada dasar-dasar ekonomi saksama yang bertujuan meningkatkan taraf hidup dan mencegah meluasnya jurang ekonomi; dasar-dasar ini termasuklah pengagihan tanah sama-rata pada tahap-tahap awal rancangan Đổi Mới, pelaburan di kawasan pedalaman yang miskin serta membiayai sektor pendidikan dan kesihatan dengan subsidi.[13] Menurut IMF, kadar pengangguran di Vietnam berada pada 4.46% pada 2012.[4]

Ekonomi_Vietnam

Barangan yang diimport jentera dan barangan petrolium, keluaran keluli, bahan mentah bagi industri pakaian dan kasut, eletronik, plastik, kereta
Import $109.6 juta (2012 est.)
Eksport $109.4 juta (2012 est.)
KDNK mengikut sektor Agriculture: 21.6%, industry: 40.8%, services: 37.6% (2012 est.)
Pekali Gini 37 (2004)
Populasidibawah garis kemiskinan 11.3% (2012 est.)
Barangan yang dieksport pakaian, kasut, barangan laut, minyak mentah, eletronik, barangan kayu, beras, jentera
Industri utama Sawah padi, kopi, getah, kapas, teh, lada hitam, kacang soya, cashews, tebu, kacang, pisang, ayam, ikan, makanan laut
Bantuan ekonomi $2.8 juta dijanjikan (2000)
Hasil negara $42.14 juta (2012 est.)
Pertubuhan perdagangan AFTA, WTO, APEC, ASEAN, FAO
Pertumbuhan KDNK 5.54% (2013 Q3)
Rakan dagangan import utama  China 27.2%
 South Korea 12.7%
 Japan 8.5%
 Singapore 8.3%
 Thailand 5.3%
 Hong Kong 5.2% (2012 est.)[3]
Tahun fiskal Tahun kalendar
KDNK $170.020 juta (nominal, 2013 est.)[1] $358.889 juta (PPP, 2013 est.)[1]
Rakan dagangan eksport utama  United States 17.0%
 China 12.9%
 Japan 12.0%
 South Korea 4.6%
 Germany 4.4%
 Malaysia 4.2% (2012 est.)[2]
Hutang awam 50.4% of GDP (2012)[1]
Mata wang Dong Vietnam
KDNK per kapita $1,896 (nominal, 2013 est.)[1] $4,001 (PPP, 2013 est.)[1]
Tenaga buruh mengikut pekerjaan Pertanian: 48%, Industri: 21%, Perkhidmatan: 31% (2012 est.)
Tenaga buruh 49.18 juta (2012 est.)
Inflasi (CPI) 5.78% (November 2013)
Perbelanjaan $47.57 juta (2012 est.)
Pengangguran 2.22% (Oktober 2013)

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Vietnam http://www.bbc.com/news/magazine-25811724 http://www.bloomberg.com/markets/currencies/asiapa... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune_arc... http://www.pwc.com/vn/en/releases2008/vietnam-may-... http://ssrn.com/abstract=1442384 http://www.vietfinancenews.com/2010/12/vietnam-201... http://www.vietnamtribune.com/index.php/sid/222099... http://www.eia.gov/countries/country-data.cfm?fips... http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/country/201... http://www.fwa.org/pdf/Vietnam_posttrip_article.pd...