Sejarah Gabenor_Jeneral_Korea

Muzium Negara Korea (dahulu Bangunan Gabenor Jeneral Korea) diambil pada tahun 1995

Selepas pengilhakan Korea ke dalam Jepun pada tahun 1910, pejabat Residen Jeneral digantikan oleh Gabenor Jeneral. Walau bagaimanapun, jawatan itu adalah unik di kalangan taklukan luar Jepun, kerana Gabenor Jeneral diberi kuasa-kuasa mutlak dan kedudukannya juga melibatkan pengawasan kehakiman dan beberapa kuasa perundangan. Sehingga 1944, Gabenor Jeneral tidak memerintah secara terus Tentera Darat Imperial Jepun atau Tentera Laut Imperial Jepun yang ditempatkan di Korea.[4] Berdasarkan kuasa dan tahap tanggungjawab, hanya mereka yang berjawatan jeneral penuh yang lengkap dalam Angkatan Tentera Jepun dipilih untuk jawatan tersebut (dengan pengecualian tunggal laksamana bersara Saitō Makoto).

Gabenor Jeneral Chosen mempunyai organisasi polis, yang mungkin terlibat dalam menjadikan wanita Korea sebagai wanita penghibur.[5]

Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II, Semenanjung Korea ditadbir oleh Republik Demokratik Rakyat Korea dan Republik Korea. Bangunan Gabenor Jeneral pula telah dirobohkan sepenuhnya semasa pentadbiran presiden Korea Selatan Kim Yong-Sam pada 15 Ogos 1995.

Perdana Menteri Jepun

Empat orang yang memegang jawatan Gabenor Jeneral Korea juga memegang jawatan Perdana Menteri Jepun. Tiga orang daripadanya, Terauchi Masatake, Saitō Makoto, dan Koiso Kuniaki, ialah Gabenor Jeneral sebelum menjadi Perdana Menteri. Seorang lagi pula, Abe Nobuyuki, menjadi Perdana Menteri sebelum pelantikannya sebagai Gabenor Jeneral. Ugaki Kazushige pula telah dinamakan sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau tidak boleh mengambil jawatan kerana tidak dapat membentuk kabinet.

Di samping itu, Residen Jeneral Itō Hirobumi telah berkhidmat selama empat penggal sebagai Perdana Menteri sebelum pelantikannya ke Korea.

Berkaitan