Hamka
Hamka

Hamka

Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka (lahir di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatra Barat), Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) ialah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka merupakan ketua Majlis Ulama Indonesia, salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Sewaktu zaman penjajahan Belanda, Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau. Beliau hanya belajar setakat gred 2. Namun, ketika beliau berumur 10 tahun, ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya Padang Panjang. Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab. Beliau juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo, cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya. Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik. Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan kepada bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun. Beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia. Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah. Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat, bida'ah, thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah. Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia. Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang, beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia.

Rujukan

WikiPedia: Hamka http://books.google.com/?id=Bq8caP8yvqwC http://oase.kompas.com/read/2012/03/20/21431130/Pa... http://www.masyuk.com/HidayaH/jinzora/index.php?pt... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/2008/0... http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/h/hamka/... http://www.uhamka.ac.id/?page=info_list&id=206 http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/hikm... http://al-ahkam.com.my/hamka/showarticle.php?artic... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068254555 http://isni.org/isni/000000008351770X