Pelancongan Jakarta

Pandangan Jakarta Pusat dari menara Monumen Nasional

DKI Jakarta juga memiliki pelbagai tempat tumpuan pelancongan seperti:

Monas (Monumen Nasional) di Jakarta pusatKeong Emas ialah teater di Taman Mini Indonesia Indah

Jakarta juga merupakan bandar pelancongan belanja, setaraf dengan Tokyo dan Singapura. Jakarta memiliki pelbagai pusat belanja yang luas dan seronok, seperti:

Ciputra Shopping Mall, Jakarta, Indonesia

Pusat Membeli Belah

Pemerintah DKI Jakarta mengutamakan pelancongan di pusat-pusat membeli belah yang terdapat di Jakarta semasa perlaksaan program "Enjoy Jakarta" . Sejak belakangan ini, sudah menjadi tren pembangunan pusat perbelanjaan dari yang mewah hingga ke kedai runcit. Di pusat membeli belah tersebut juga muncul kedai francais luar negara, seperti Starbucks dan McDonald's.

Pusat Makanan dan Masakan

  • Jalan Mangga Besar, Jakarta Barat (Pada Malam hari menjual pelbagai macam masakan dan makanan)
  • Jalan H. Agus Salim, Sarinah (Malam hari)
  • Nasi Goreng Kebon Sirih, bertempat di Jalan Kebon Sirih, Jakarta Pusat
  • Ais Krim Ragusa, bertempat dibelakang Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat
  • Jalan Pecenongan, Jakarta Pusat (Menjual pelbagai macam Martabak Indonesia)
  • Bandar Djakarta, Ancol (Restoran Seafood popular)
  • Wilayah Senopati, Jakarta Selatan