Budaya Jakarta

Silat Betawi

Jakarta sebagai sebuah ibu negeri negara Indonesia, Jakarta menarik pendatang daripada seluruh Indonesia, ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang tidak menyeluruh ke seluruh daerah menyebabkan satu jurang urbanisasi yang besar. Urbanisasi inilah yang membawa kepada pelbagai budaya masuk ke Jakarta. Suku-suku yang mendiami Jakarta ialah yang pertama suku asal bandar Jakarta iaitu Suku Melayu Betawi, lalu pendatang dari luar bandar Jakarta yang menduduki ibu negeri Indonesia ini terdiri daripada kaum Jawa, Sunda, Minangkabau, Batak, dan Cina. Suku Melayu daripada Sumatra terbilang sangat sedikit di bandaraya ini. Budaya Betawi sebagai budaya utama asli Jakarta tidak diendahkan oleh rakyat tempatan dan tetap dilestarikan dipelbagai kawasan dalam bandaraya Jakarta seperti di Cagar Budaya Betawi Condet dan Setu Babakan.

Budaya Betawi merupakan budaya unik kerana memiliki unsur-unsur daripada Melayu yang sangat berbeza daripada budaya Jawa, walaupun suku Betawi menduduki pulau Jawa, ini dikarenakan suku Betawi ialah tergolong suku baru di Indonesia yang tergabung daripada pelbagai campuran suku dan kaum berbeza di Indonesia yang datang ke Jakarta dan selama bertahun-tahun menduduki bandar Jakarta, mereka mengenali diri mereka sendiri sebagai suku Betawi yang nama tersebut diambil daripada nama Jakarta pada masa penjajahan Belanda iaitu Batavia=Betawi. Orang Betawi pada umumnya beragama Islam seperti orang Melayu dan banyak nilai-nilai yang berasalkan daripada Melayu yang dikerjakan didalam Budaya Betawi seperti adanya Pantun, Silat, penggunaan Songkok oleh kaum lelaki, makanan Nasi uduk yang dibuat dari Santan seperti Nasi lemak Malaysia, dan lain-lain, oleh karenanya, Betawi dikategori sebagai suku Duetero Malayu.

Bahasa

Rencana utama: Bahasa Betawi

Di Jakarta, bahasa yang dipakai oleh masyarakat bandaraya Jakarta ialah Bahasa Indonesia, namun bahasa asal daripada bandaraya Jakarta ini iaitu Bahasa Betawi. Orang Jakarta mempunyai dialek tersendiri dalam Bahasa Indonesia (Melayu) semasa bercakap iaitu penggunaan kata "Lu / Elu" yang mempunyai arti: Anda atau Engkau, "Gua / Gue" yang mempunyai arti: Saya, "Gak / Nggak" artinya: "Tak", dan lain-lain. Ini berasalkan daripada bahasa budaya asal Jakarta iaitu daripada budaya suku Betawi. Pemuda di Jakarta bercakap dengan dialek khas bahasa Indonesia yang dinamakan sebagai Bahasa Gaul, iaitu bahasa anak muda Jakarta yang dipakai oleh anak sekolah, anak universiti, dan anak pemuda daripada Jakarta, contoh: Gua mau ke Monas besok soalnya enak banget disana kalo liburan jika diterjemah kepada Bahasa melayu jadi: "Saya nak pergi kat Monas esok kerana seronok pada masa cuti".

Orang asli di Jakarta (Betawi) menggunakan bahasa Betawi, sementara pendatang yang lama menduduki Jakarta (orang Jawa, Sunda, dan lain-lain) menggunakan bahasa Indonesia dengan dialek Jakarta (Elu/Lu, Gua/Gue, Gak/Nggak, dan lain-lain).

Muzik

Perpaduan berbagai-bagai etnik dan suku kaum membawa kepada kewujudan pelbagai jenis kebudayaan oleh etnik sama ada daripada wilayah di Indonesia ataupun bukan daripada Indonesia. Contohnya kebudayaan daripada Belanda, China, Portugis, Arab dan India. Seni muzik di Jakarta menggambarkan perpaduan tersebut melalui muzik tradisional mahupun moden yang dicipta. Bahkan sehingga kini, Jakarta masih dianggap sebagai sebuah pusat bagi memperkembangan muzik di Indonesia.Terdapat juga pengaruh luar dalam seni muzik tradisional di Jakarta, seperti tanjidor, zilofon dan kromong yang mempunyai pengaruh penggunaan rebab dan trompet tradisional yang bukan berasal daripada Jakarta Sunda. Terdapat juga pengaruh asing daripada Eropah atau muzik tradisional Cina seperti trombon dan gitar.

Tarian

Tari Topeng, salah satu khazanah budaya di Indonesia

Seperti juga budaya dan seni muzik, seni tari di Jakarta merupakan hasil perpaduan antara budaya masyarakat ada di dalamnya. Pada awalnya, seni tari di Jakarta memiliki pengaruh Sunda dan Cina seperti Jaipong yang mengunakan kostum penari khas pemain Opera Beijing. Namun Jakarta boleh dikatakan daerah yang paling dinamik kerana mempunyai seni tari dengan gaya dan koreografi yang dinamik selain seni tari lama.

Cerita rakyat

Selain daripada cerita rakyat Si Pitung, cerita rakyat yang terkenal adalah seperti cerita Jagoan Tulen yang mengisahkan mengenai jawara-jawara betawi. Selain daripada mengisahkan cerita mengenai kehandalan atau kepakaran dalam dunia persilatan, terkenal juga cerita Nyai Dasima yang menggambarkan kehidupan pada zaman penjajah.